OLEH : PEMIKIR - MM
Selepas Penamaan Calon Manek Urai pada 6 Julai 2009, DUN telah bersedia untuk mendapatkan ADUN barunya selepas pengiraan undi pada 14 Julai 2009. BN telah mencalonkan Tuan Aziz Tuan Hamat bagi kerusi ini. Beliau adalah bekas pegawai Kesedar dan disamping itu ialah Ketua Pemuda Kuala Krai. Pas pula telah mencalonkan Fauzi Abdullah, penjual ikan tempatan, disamping aktivis PAS kawasan Kuala Krai.
Rata-rata rakyat Manek Urai mahukan perubahan, walaupun majoriti didapati selesa dengan keadaan yang ada sekarang. Ini jelas dari trend undi di DUN tersebut. PAS pernah kalah di Manek Urai pada Pilihanraya 1982 dan 2004. Ini bermakna UMNO/ BN juga mendapat sambutan dan sokongan pada tahun-tahun itu. Sebutan bahawa DUN Manek Urai adalah kubu kuat PAS memang bermaharajalela di minda-minda penganalisis-penganalisis dan pemerhati-pemerhati politik tempatan semasa.
Kerajaan BN/ UMNO yang dipimpin oleh PM Dato' Sri Najib mempunyai wawasan dan misi yang lebih berorentasikan kepentingan rakyat. Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, menjadi tonggak Barisan Nasional untuk mempastikan tiap rakyat termasuklah di Manek Urai, tidak akan tercicir dari menikmati pembangunan dan kesejahteraan negara. Manek Urai, jika dimenangi oleh BN, sudah pasti masuk dalam arus perdana pembangunan yang disebut-disebut secara serius oleh pemimpin-pemimpin utama Malaysia. Kerajaan peka tentang kedudukan ekonomi dan tahap pembangunan Manek Urai. Kehidupan yang sederhana itu dapat diadakan kerana UMNO ada disitu pada penggal 1982 dan 2004. Input yang telah diberi oleh UMNO pada waktu-waktu itu telah berjaya membawa kemakmuran yang sederhana kepada penduduk tempatan. Keadaan ini akan menjadi lebih meningkat sekiranya pengundi-pengundi Manek Urai memilih calon BN, Tuan Aziz sebagai wakilnya. UMNO telah berjanji untuk meningkatkan pembangunan yang bersesuaian di DUN itu.
Keadaan minda pemimpin PAS terus goyah berkaitan dengan isu Kerajaan Perpaduan dan juga tuduhan-tuduhan melulu oleh Mursyidul terhadap UMNO. Fenomena ini didapati telah menambahkan kebingungan warga Manek Urai. Mereka turut kesal dengan cara-cara Mursyidul berlebih-lebihan bermain politik hingga PAS telah diperangkap oleh DAP dan PKR, yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.
Dalam keadaan sekarang dan juga maklumat dari akar umbi, didapati penyokong-penyokong tradisional PAS sudah mempunyai pandangan bercampur-campur. Walaupun mereka adalah PAS totok, mereka lebih berminat untuk tidak keluar mengundi menyokong PAS. Kini pengundi-pengundi muda menjadi rebutan peraih-peraih undi PAS dan BN. Dalam konteks ini, BN mempunyai skop yang cerah untuk menambat hati-hati pengundi-pengundi untuk memihak kepadanya. Ini dikuatkan lagi dengan Tuan Aziz, seorang calon yang berwibawa dan sangat dihormati oleh anak-anak tempatan Manek Urai jika dibandingkan dengan Fauzi ikan.
Memandangkan bahawa calon BN/ UMNO mendapat sokongan kuat di lapangan, harapan BN untuk menang di DUN Manek Urai sungguh cerah.
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Syabas tuan... Jentera perlu bekerja kuat untuk BN MU. Kemenangan memang ada dalam tangan tapi jangan terlepas ke tangan - tangan kotor PAS. Tetapi PAS pandai menabur janji manis kepada pengundi.
kah kah kah kah...SETAN MIMPI SIANG HARI...kah kah kah kah
kah kah kah kah...SETAN PUKIMAK NAK MENANG DI MANIK URAI...kah kah kah kah
SETAN AKAN TERBURAI DI MANIK URAI...kah kah kah kah
[TERER]
ASSALAMUALAIKUM WIRA MALAYSIA
JANGANLAH SAUDARA BERANGAN TERLALU TINGGI.SAUDARA MENULIS HANYA UNTUK MENYEDAPKAN HATI. SAUDARA SENDIRI MELIHAT SUASANA SEMASA PENAMAAN CALUN SEMALAM.SELAGI PEMIMPIN UMNO TIDAK MUHASABAH DIRI JANGAN HARAP PARTI UMNO AKAN MENANG DALAM PILIHAN RAYA KECIL. RAKYAT SENTIASA MEMERHATI GELAGAT PEMIMPIN UMNO.
Post a Comment