Thursday, July 2, 2009

BN PRIHATIN TERHADAP NASIB PENDUDUK KG.BUAH PALA

By Pemerhati Politik

Akhbar-akhbar Tamil kebelakangan ini memberi liputan luas berturut-turut mengenai isu Kg.Buah Pala, Negeri Pulau Pinang, malah menyiar sebagai berita utama pada hari ini. Penduduk Kg.Buah Pala mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng meletak jawatan kerana gagal menunaikan janji-janji pilihan raya untuk menyelamatkan Kg.Buah Pala daripada tukar hak milik.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II , Prof.Dr.P.Ramasamy pula menyelar P.Wethamoorthy, pemimpin HINDRAF yang menetap di London supaya kembali ke Malaysia untuk berjuang bersama kaum India di Malaysia dan bukan hanya menyuarakan pendapatnya dengan buta tuli tanpa mengambil tahu punca masalah yang di hadapi oleh penduduk Kg.Buah Pala.

Di samping itu, penduduk Kg.Buah Pala juga menyelar Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam (PKR) dan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gopalakrishnan (PKR) kerana tidak bersama penduduk Kg.Buah Pala dalam menghadapi isu Kg.Buah Pala. Penduduk dan penyokong HINDRAF mendakwa kedua-dua ahli Parlimen tersebut menang pilihan raya dengan sokongan penyokong HINDRAF. Namun, kedua kedua-dua ahli parlimen ini tidak bersama perjuangan HINDRAF ketika menghadpi isu Kg.Buah Pala.

Akhbar Tamil Nesan dan Utusan Malaysia pula menyiar berita dalam Muka Surat pertama bahawa DAP menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah kerana tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat meruntuhkan tempat sembelih babi di Alor setar.

Siaran berita bergambar dalam akhbar-akhbar tersebut mengenai isu Kampong Buah Pala dan penarikan DAP dari kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah jelas menimbulkan tanggapan bahawa DAP lebih menuntut dan membela kepentingan kaum Cina daripada lain-lain kaum-kaum. Perkembangan poltik semasa di Pulau Pinang dan Kedah jelas menunjukkan bahawa DAP bukan lah merupakan parti politik yang mampu mewakili kepentingan pelbagai kaum saperti di war-warkan, malah bersifat lebih perkauman di kaca mata kaum India.

Perkembangan politik terbaru di Pulau Pinang dan Kedah juga jelas menunjukkan bahawa hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat mula renggang,malah DAP mencuba mengasingkan diri dari Pakatan Rakyat. Tindakan dan sikap DAP dalam isu Kg.Buah Pala menimbulkan perasaan kemarahan dikalangan kaum India terhadap DAP.

Memandangkan isu ini merupakan satu isu utama yang mengkaitkan warisan kaum India yang tidak di bela oleh kerajaan kepimpinan DAP, maka DAP harus ditolak oleh kaum India dalam pilihan raya umum akan datang. DAP adalah sebuah parti politik yang hanya mementingka gila kuasa politik saperti apa yang berlaku di Negeri Perak.

Kaum India di Pulau Pinang mengharapkan Senator Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon membantu menyelesai isu Kg.Buah Pala bersama MIC kerana Pakatan Rakyat gagal membantu penduduk Kg.Buah Pala. Pemimpin-pemimpin MIC, terutamanya YB Dr.Subramaniam, Setiauasaha Agong MIC merangkap menteri Sumber Manusia, seorang yang prihatin terhadap masalah-masalah yang di hadapi oleh kaum India, diharap turun padang untuk membantu menyelesai masalah yang dihadapi oleh penduduk Kg.Buah Pala yang semuanya terdiri daripada kaum India.

No comments: