Monday, July 13, 2009

PUSAT KOLEKSI KARTUN DATUK LAT DIDIRIKAN DI IPOH?

OLEH : PEMIKIR - MM

Tiap-tiap negara mempunyai kertunis tersohor masing-masing. Kartun mereka sentiasa di dalam akhbar-akhbar tempatan masing-masing dan biasanya kartunis ini menjadi mashyur dan ikon setempat. Ini berlaku di AS, UK, France, Filipina, Indonesia, Jepun dan lain-lain negara. Di Jepun, majoriti rakyat sangat gemar pada kartun dan komik-komik kartun. Mereka menjadikan movie dan buku-buku yang dibaca oleh peminat-peminat semasa bekerja atau dalam keretapi-keretapi menuju tempat bertugas. Di Malaysia perkara seperti ini pun ada dan menjadi kegemaran rakyat. Kartunis mashyur kita adalah Datuk Lat yang berasal dari Perak. Kartunnya sungguh luar biasa dan sangat diminati oleh majoriti rakyat tempatan dan juga orang-orang asing di Malaysia terutamanya ahli-ahli diplomat yang berkhidmat di Kuala Lumpur. Datuk Lat juga dihormati oleh badan-badan antarabangsa termasuk Disneyworld. Produk-produk animasi Datuk Lat juga dipaparkan dalam episod-episod oleh Astro.

Sudah sampai masanya Datuk Lat ini diberi pengikhtirafan dan segala kerjanya dipaparkan dalam pusat koleksi kartun Datuk Lat sesuai dibangunkan di Perak/ Kuala Lumpur untuk pelbagai tujuan termasuk pelancongan. Beliau adalah satu-satunya anak Melayu yang boleh dianggap bergeliga dalam bidang ini. Orang seperti ini perlu diberi perhatian supaya ia menjadi model bagi segmen-segmen masyarakat Malaysia. Apa yang dilukiskan lebih bersifat nasional atau 1 Malaysia. Disamping itu kartun-kartun beliau merentas ras atau transracial iaitu hasil tiap kerjanya mendapat sambutan semua bangsa di Malaysia dari Tawau/ Miri hingga Perlis.

Pemerhati meminta pemimpin Perak untuk mengkaji perkara ini supaya jasa Datuk Lat akan sentiasa dikenang dan diingati.

No comments: