Wednesday, July 1, 2009

KAUM INDIA KG BUAH PALA, PULAU PINANG MERADANG TERHADAP DAP PULAU PINANG..

OLEH : PEMIKIR - MM


Isu penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, Pulau Pinang terus mendapat tempat dalam akhbar-akhbar tempatan. Ini merupakan isu pentadbiran tanah negeri di mana seramai 300 penduduk kampung itu telah diarah oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 Jun 2009 untuk berpindah. Majoriti penduduk ini adalah penternak-penternak lembu yang sudah lama menetap di tanah itu dimiliki kerajaan tempatan. Dengan arahan mahkamah ini bermakna tanah ini diserahkan semula kepada kerajaan Pulau Pinang.

Kemarahan penduduk-penduduk kampung ini semakin meluap apabila kerajaan DAP Pulau Pinang belum bersikap tegas terhadap mereka. Penduduk-penduduk ini telah menyerahkan nasib mereka kepada pemimpin-pemimpin persatuan haram India iaitu Hindraf. Waythamoorthy, Pengerusi Hindraf telah melemparkan tuduhan-tuduhan kesat kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Beliau menuduh DAP dan Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kedudukan penduduk KG. Buah Pala. Mereka menganggap bahawa pemindahan tanah itu pada lewat Mac 2008 kepada badan koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang oleh Kerajaan Tempatan, adalah satu tindakan yang tidak menang-menang.

Penduduk-penduduk Kg. Buah Pala ini hanya hendakkan kebenaran untuk terus tinggal di Kg. Buah Pala. Penduduk-penduduk ini juga tidak berpuas hati dengan Dr. P. Ramasamy, Timb. Ketua Menteri II Pulau Pinang yang tidak memberi perhatian kepada kedudukan penduduk-penduduk ini.

Pemerhati berpendapat bahawa kerajaan DAP mengetahui masalah yang dihadapi oleh Penduduk Kg. Buah Pala. Oleh sebab ini adalah keputusan mahkamah maka Ketua Menteri negeri menghadapi kesulitan undang-undang untuk mengatasinya. perkara ini menjadi rumit apabila ini melibatkan koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan. Orang-orang India di Kg. Buah Pala itu tidaklah ramai, namun kesan dan keluhan mereka merebak dan ini memounyai implikasi negatif pada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Keadaan menjadi lebih sulit apabila berlaku lemparan tuduhan-tuduhan oleh kaum ini terhadap kerajaan DAP. Kaum ini juga menggunakan persatuan haram Hindraf untuk terus mengasak DAP Pulau Pinang. Menurut akhbat tempatan Tamil, majoriti kaum India sanggup dan bersedia meninggalkan PR dan DAP jika kes mereka tidak bapat diselesaikan.

Pada DAP Pulau Pinang, eloklah semak semula manifesto DAP yang mengandungi janji-janji pada pengundi anda.berterus teranglah jikalau tidak dapat menyelesaikan perkara ini dan terimalah kelemahan anda. Adalah tidak baik bagi DAP untuk berdiam diri kerana ini akan mendedahkan lagi bahawa janji-janji DAp selama ini adalah palsu.

2 comments:

pan said...

saya penduduk dipulau pinang pun rasa begitu.banyak kampung-kampung dipulau pinang sebenarnya adalah kampung haram yang merupakan tanah kerajaan negeri.tidak boleh la diberi sesuka hati.orang lain kerja macam nak mati beli tanah dan buat rumah.mereka takkan nak dapat tanah percuma sahaja.apa keistimewaan mereka berbanding rakyat malaysia yang lain.kalau mereka dapat tanah percuma dari kerajaan,saya pun nak sebab saya pun bayar cukai dan tunaikan tanggungjawab sebagai raktyat malaysia.sepatunya penduduk kampung itu berfikir dahulu sebelum bina rumah.itu kira nasib baik dapat elektrik dan air.sepatutnya dari awal kerajaan negeri tidak bertolak ansur pada mereka.jika tidak inilah jadinya bila tiba masa mereka sepatutnya berpindah.bagaikan orang yang tidak bersyukur dh naik lemak..

Anonymous said...

Yg Mulia dato Mm ,Wira malaysia...Setiap kemelut ada jalan penyelasaian nya tetapi perlu diingatkan bahawa ianya bermula dengan niat...terkini semua pemimpin yang ada dalam Pakatan Rakyat baik dari DAP PKR maupun PAS semua nya mempunyai nawaitu yang berbeza,rakyat bukan lagi matlamat perjuangan..masing masing tersimpan satu hasrat untuk membalas dendam..Justeru setinggi mana pun ilmu seseorang andainya matlamat terpesong maka ianya sama dengan sikap jahiliah...iman dijiwa telah dinodai ,budi dihati telah khianati dan ilmu di dada telah di jumud...maka menarilah iblis iblis mengikut gendang yang dipalu oleh manusia bernama anwar...