Friday, July 10, 2009

KOREA UTARA LEBIH AKTIF "BERNIAGA" DI SINGAPURA.

OLEH : PEMIKIR - MM

Malaysia sentiasa menjadi punching back negara-negara tertentu. Kebelakangan ini, Jakarta telah menggunakan isu orang gaji dan juga kes Manohara untuk menghentam Kuala Lumpur. Kedua-dua perkara ini mendapat perhatian akhbar-akhbar tempatan masing-masing dan reaksi bercampur-campur. Di Indonesia, telah berlaku demonstrasi-demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia terutamanya berkaitan dengan isu Manohara dan penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan. Pemimpin-pemimpin Malaysia yang bijaksana telah dapat mengendurkan keadaan melalui perbincangan dan permuafakatan.

Kini Amerika pula telah menuduh Malaysia kononnya menjadi tempat kerajaan Korea Utara menggunakan bank-bank tempatan untuk transaksi dalam penjualan senjata kepada negara ketiga. Perkara ini juga ditonjolkan dalam akhbar-akhbar nyamuk pembangkang.

Pembangkang akan menggunakan apa juga peluang untuk memburuk-burukkan kerajaan yang memerintah. Mereka ini seperti ahli magik cekap mengadakan benda yang tiada, dan meniadakan benda yang ada. Untuk menuduh Malaysia sebagai pusat transaksi untuk Korea Utara memanglah mudah. Sebenarnya, Korea Utara tidak berminat untuk membuat sesuatu yang tidak baik di Malaysia. Amerika mungkin menuduh atas alasan Korea Utara mempunyai pejabatnya di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak bermakna Malaysia mudah diperdayakan. Pihak pembangkang harus memeriksa maklumat sebelum membuat tuduhan.

Pemerhati berpendapat bahawa Malaysia tidak perlu khuatir dengan apa yang disebut oleh Presiden Obama yang dianggap tidak benar. Negara-negara lain seperti Singapura, Republik China, Afrika juga mempunyai hubungan perdagangan dengan Korea Utara. Segi zahirnya, Korea Utara kelihatan dipencilkan tetapi segi realiti ia juga mempunyai jaringan dengan negara-negara dan juga individu-individu tertentu. Ahli-ahli perniagaan Korea Utara secara senyap mungkin mempunyai hubungan-hubungan dengan ahli-ahli kongres di Washington.

Eloklah pembangkang berhati-hatilah dalam membuat tuduhan bertujuan mendapat publisiti percuma. Mereka ini sudah tersasar dan didapati menghadapi ketandusan idea-idea kerana kerajaan BN di bawah DS Najib didapati terus berkesan walaupun baru 100 hari mentadbir.

No comments: