OLEH : PEMIKIR - MM
Persidangan Pergerakan Negara Negara Berkecuali (NAM) yang bersidang di Mesir mulai Isnin, 13 Julai 09 setelah menjadi tumpuan negara-negara ahli dan pemimpin-pemimpin mereka. Turut hadir ialah Setiausaha Agung PBB dan beberapa pemimpin negara iaitu Perdana Menteri India, Presiden Palestin, Presiden Korea Utara dan Presiden Filiphina. YAB PM menghadiri mewakili Malaysia. Pada Persidangan ini, wakil Presiden Cuba, Raul Castro telah menyerahkan tugasnya sebagai pengerusi NAM kepaad pengerusi baru, iaitu Presiden Mesir.
Persidangan NAM ini telah lama berjalan dan majoriti pegawai-pegawai yang hadir datangnya dari perwakilan masing-masing di New York. Ia mempunyai agenda yang banyak di mana berpuluh-puluh resolusi akan dihasilkan. Semangat resolusi adalah positif lebih kepada meminta PBB sebagai organisasi besar, untuk sama-sama mengimplimentasikan.
Lazimnya, isu yang mendominasi persidangan ini berkisar sekitar perkembangan semasa di Timur Tengah amnya, Palestin dan kedudukan Zionis Israel khususnya. Ahli-ahli persidangan yang datang dari negara-negara Timur Tengah mempastikan bahawa NAM memberi tumpuan kepada isu mereka. Ini berlaku dalam tiap-tiap persidangan NAM samaada diperingkat pegawai, Menteri Luar dan ketua-ketua negara. Selagi isu Palestin dan isu pembinaan haram di Bumi Palesti oleh Tel Aviv berterusan, maka perwakilan-perwakilan negara-negara Arab tidak akan jemu-jemu membahaskan isu-isu ini di dalam NAM. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majoriti anggota NAM bersimpati dengan kegagalan badan antarabangsa mewujudkan Negara Palestin yang merdeka serta berdaulat.
Pemerhati bersetuju dengan gesaan YAB PM bahawa NAM perlu fokus dalam mencapai tujuan untuk mewujudkan kesejahteraan, keharmonian dan kestabilan rakyat negara-negara NAM. Adalah tepat YAB membuat seruan ini dan ini akan menjadikan NAM lebih bermakna dan disegani oleh negara-negara Barat. Sementara itu, NAM akan berperanan sebagai satu badan yang boleh memberi tekanan moral kepada pemimpin-pemimpin negara Barat untuk sama-sama mewujudkan Negara Palestin di mana rakyatnya masih menderita dan kerap menghadapi ancaman dan serangan dari tentera-tentera Tel Aviv di sempadan Palestin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment