Wednesday, July 8, 2009
PENCAPAIAN POSITIF 100 HARI DS NAJIB, PM MALAYSIA KE-6.....TAHNIAH
OLEH : PEMIKIR - MM
Semenjak Dato' Sri Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri yang ke-6 Malaysia, Kerajaan di bawah kepimpinannya sudah mula melalui evolusi ke arah memacu negara untuk maju demi rakyat. Konsep 1Malaysia yang diutarakan oleh Dato' Sri, sudah mula kelihatan aplikasinya supaya semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya akan dapat menikmati hasilnya. Teras konsep ini di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan merupakan satu platform yang sangat menyeluruh di mana semua aktiviti kerajaan dapat diasaskan.
Pada 11 Julai 2009, Dato' Sri Najib genap mentadbir Malaysia selama 100 hari. Apabila beliau mulai jadi PM, tindakan pertamanya ialah membebaskan 13 tahanan ISA. Ini satu langkah yang tepat di mana warga-warga tahanan-tahanan melahirkan kesyukuran mereka dan terus berharap banyak lagi perubahan akan berlaku. Ahli-ahli kabinet Dato' Sri juga tidak terlepas daripada memaparkan kejayaan-kejayaan masing-masing genap 100 hari nanti. Apa yang jelas berlaku bahawa banyak pencapaian telah dapat dihasilkan oleh tiap kementerian semenjak ia diterajui oleh menteri-menteri baru dilantik oleh Dato' Sri Najib.
Bagi menangani masalah ekonomi yang menurun seluruh dunia, Malaysia juga telah menyiapkan pendekatan-pendekatan yang rapi berteraskan pengalaman-pengalaman yang dihadapi sebelum ini. Dato' Sri Najib telah mengadakan 2 pakej ransangan ekonomi atau stimulus untuk mempastikan ekonomi negara terus aktif. Kerajaan mencari jalan supaya program ransangan ini dapat menstabilkan pertumbuhan ekonomi dan rakyat terus dapat menikmati hasil titik peluh mereka dengan kerugian paling minima. Setakat ini, tiap kementerian sama-sama mempastikan peruntukan ransangan menepati sasaran.
Dalam 100 hari ini kerajaan menghadapi pelbagai-bagai cabaran baik dari dalam dan luar negeri. Cabaran yang dianggap kritikal ialah H1N1 yang berpunca dari Mexico. Kementerian Kesihatan didapati bersungguh-sungguh menghadapi H1N1 yang mempunyai implikasi luas yang sekiranya tidak dikawal, boleh menjejaskan sektor-sektor ekonomi termasuklah pelancongan.
Malaysia juga menghadapi isu-isu persempadanan seperti Ambalat, dimana Indonesia menuduh rondaan tentera laut kita merentasi sempadan lautnya. Tetapi isu ini dapat diatasi dengan perbincangan dua hala di antara Jakarta dan Kuala Lumpur. Indonesia juga mengheboh-hebohkan isu orang gaji yang menghadapi tekanan-tekanan dari majikan masing-masing di Malaysia. Perkara ini pun telah dapat diselesaikan melalui perbincangan.
Perdana Menteri juga telah memperkenalkan KPI untuk semua menteri-menterinya supaya beliau dapat mengukur pencapaian konkrit setiap kementerian. KPI-KPI tiap menteri telahpun dibentang dalam satu retreat menteri-menteri di sebuah hotel di Shah Alam pada Sabtu, 4 Julai 2009. Perdana Menteri berpuas hati dengan prestasi tiap menterinya dan seterusnya melancarkan KRA untuk mengukur output kementerian dengan lebih tepat disamping mengetahui sejauhmanakah projek-projek atau aktiviti tiap kementerian telah menepati sasarannya atau target.
Dari segi pelajaran, kabinet memandang berat tentang PPSMI dan implikasinya. Tindakan TPM untuk menyemak kembali PPSMI dan juga syornya bahawa kelulusan BI di peringkat SPM, telah mendapat reaksi positif dari majoriti rakyat. Pendekatan Kementerian Pelajaran dalam hal ini adalah profesional mengambil kira bangsa, agama, budaya dan paling penting keupayaan murid-murid.
Kerajaan juga mengambil berat tentang kedudukan rakyat-rakyat diluar bandar dan di Felda. Infrastruktur merupakan keutamaan untuk dipertingkatkan supaya tiap rakyat tidak akan dinafikan dari kemudahan-kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya.
Felda pula sudah sampai tahap untuk menerajui ke bidang antarabangsa supaya sama-sama dapat menerapkan kepakaran dinegara-negara sedang membangun seperti Afrika, Amerika Latin dan sekaligus mendapatkan pulangan yang berteraskan menang-menang. Felda kini telah juga bertapak di Amerika, Eropah dan Mekah. Ia adalah satu branding yang telah menarik minat syarikat-syarikat multinasional di dunia ini. Felda merupakan satu kejayaan besar bagi UMNO/BN yang sentiasa prihatin terhadap rakyat.
Apa yang dizahirkan oleh Perdana Menteri dan Saf Kabinetnya mendapat sebaran luas oleh RTM dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang mempunyai 21 Jabatan. Dato' Seri Utama Menteri sendiri memainkan peranan yang sangat kreatif supaya segala maklumat mengenai tindakan-tindakan positif kerajaan di bawah Dato' Sri Najib, terus sampai ke tiap lapisan akar umbi. Pegawai-pegawai beliau yang terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal Khas, Penerangan turut membantu dalam hal ini.
Pemerhati berpendapat bahawa senarai kejayaan 100 hari oleh Perdana Menteri ke-6, adalah panjang. Memadailah apa yang disebutkan di atas untuk rakyat meneliti dan mungkin menambahbaikkan pendekatan untuk kebaikan semua. Pemerhati mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri dan setiap ahli kabinetnya yang telah kerja keras untuk negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bukan senang untuk melihat YAB.PM mengemudi negara yang kian mencabar. Dalam kekalutan ekonomi global YAB.PM tersenyum menyelesaikannya. 100 hari bukan bermakna cukup untuk memuaskan hati rakyat. Jika perlu YAM PM terus menduduki singgahsana Kerajaan 100 tahun lagi. Biarlah Anwar Ibrahim dengan angan - angannya. Anwar masih menganggap dirinya seorang Tim.PM dan Men.Kewangan serta ahli UMNO. Hakikatnya nama dan diri beliau tiada dalam lipatan sejarah UMNO. Marilah rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan kepada YAB.PM agar terus memacu negara sederas peredaran masa. TRANSFORMASI MENYELURUH NIAT YAB.PM UNTUK NEGARA NEGARA. MARILAH KITA SAMBUT SERUAN YANG DIBAWA.
Post a Comment