Thursday, December 4, 2008

Zaid seperti kacang lupakan kulit...PAS, PKR Awas!

Oleh: Pemikir

Dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan, Zaid Ibrahim sedang sibuk pasang badan untuk menjadi ahli kepada mana-mana parti pembangkang setelah beliau dipecat sebagai ahli UMNO. Cara beliau ini pasti menarik perhatian kerana ia melibatkan harga diri, integriti, kewibawaan dan social standing beliau. Setelah kian lama dalam UMNO dan seterusnya diberi kepercayaan menjadi Ahli Dewan Senat serta menganggotai Kabinet, beliau didapati seperti kacang lupakan kulit.
Pemerhati berpendapat bahawa orang politik seperti ini adalah rare spicie di dalam UMNO. Kita rasa tertipu dengan seorang insan yang kita menaruh harapan terutamanya beliau sanggup menggigit jari orang yang memberi. Parti-parti pembangkang yang sayang sangat kepada Zaid Ibrahim ini perlu berfikir seribu kali kerana beliau ini berpotensi untuk berkelakuan serupa walaupun pada PAS atau PKR.
Orang seperti ini perlu berehat dan jangan berpolitik lagi kerana sifat opportunistic ini ada kesan-kesan negatif. Pemerhati mengucapkan selamat bahagia kepada DSAI, Lim Kit Siang dan Tok Guru kerana sanggup mempercayai orang ini.

1 comment:

rayliew said...

Tidak hairan wujudnya ramai opportunis dalam arena politik, opportunis ini seringkali akan terpinggir setelah motif mereka dikesan oleh ahli-ahli parti..serta pemimpin... KERANA opprotunis tidak akan setia kepada parti tetapi lebih setia kepada "HABUAN WANG RINGGIT" dan PELUANG UNTUK MENDAPAT PROJEK BESAR.