Oleh: Pemikir
BN telah pun menamakan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai calonnya di Kuala Terengganu-P036. Calon ini yang telah dipersetujui dan disokong oleh BN Terengganu/Nasional adalah satu pilihan yang tepat. Calon BN ini sudah pasti akan dapat meneruskan perjuangan Allahyarham YB Datuk Razali Ismail, bekas Ahli Parlimen P036 dalam melonjakkan lagi pembangunan P036 khususnya dan Terengganu amnya.
Pengundi-pengundi BN teruslah memberi sokongan kepada calon ini kerana kesilapan memilih calon akan merugikan warga tidak mengira bangsa dan agama di kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Kerajaan percaya bahawa Datuk Wan Ahmad Farid akan mengutamakan kehidupan rakyat dibela dan juga mengutamakan pendidikan dan kesihatan warga tempatan. Pendek kata beliau akan menjadi tempat untuk rakyat mengadu permasalahan mereka supaya dapat diatasi dengan cara terbaik.
Dengan itu fikir-fikirlah sebelum mengundi dan pastikan anda memilih calon BN supaya anda tidak menyesal.
No comments:
Post a Comment