Monday, December 29, 2008

Gerakan guna emel, blog bantu kempen

KUALA TERENGGANU: Emel, telefon dan blog internet akan menjadi pendekatan Gerakan bagi menarik pengundi luar pulang mengundi calon Barisan Nasional (BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu,17 Januari depan.


Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Teng Chang Yeow, berkata kaedah kempen menggunakan emel dan internet itu akan hanya digunakan di kawasan yang diamanahkan kepada Gerakan termasuk Paya Bunga yang majoritinya pengundi Cina.


"Telefon dan internet akan digunakan bagi menggalakkan pengundi luar terutama dari kawasan mengundi Paya Bunga pulang menunaikan tanggungjawab mereka selain menjadi medium untuk melaksanakan kempen dengan lebih cepat dan berkesanakan.


"Kaedah itu akan digunakan sebaik saja tempoh kempen bermula dan sebaik senarai terkini pengundi di kawasan Paya Bunga dikemas kini dan usaha ini akan diteruskan bagi mendapatkan maklum balas terkini," katanya.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyurat Jentera Pilihan Raya Gerakan Terengganu di Pejabat Perhubungan Gerakan negeri di sini malam tadi.


Sumber: Berita Harian Online (29 Dis. 2008)


*******************************


Iniasitif Gerakan menggunapakai teknologi emel, blog internet dan telefon merupakan satu mekanisme

No comments: