Wednesday, December 3, 2008

Kesungguhan Kerajaan Membantu Peneroka

Kemelut ekonomi dunia yang tidak menentu memberi kesan kepada harga komoditi kelapa sawit dan getah sekaligus kepada pendapatan bulanan peneroka. Pihak Kerajaan menerusi FELCRA dan RISDA akan berusaha memastikan peneroka akan terus menikmati pendapatan di bawah kemiskinan tegar dengan menumpukan kawasan-kawasan asli dan kawasan kampung melalui projek Agropolitan. Para peneroka dan orang asli menerima pendapatan sebanyak RM1,500 per keluarga untuk setiap bulan iaitu hasil daripada dividen dan hasil bekerja di ladang, apabila harga komoditi berada di tahap yang stabil.

Sehubungan itu, RISDA mengambil pendekatan mewujudkan tabung yang akan digunakan apabila harga komoditi tersebut mengalami penurunan harga bagi memastikan pendapatan peneroka dan orang asli dapat diteruskan. Sehingga kini, RISDA telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM40 juta dan boleh bertahan selama dua tahun dengan memberikan dividen sebanyak RM420 sebulan bagi menjamin pendapatan kepada pekebun kecil termasuk orang asli.

2 comments:

rayliew said...

Satu tindakan yang bernas dalam mengharungi cabaran keadaan ekonomi sedunia. Kerajaan BN "BOLEH"!

LIMAUDONG said...

Salam

Tindakan RISDA /FELCRA perlu dipelajari oleh agensi-agensi kerajaan Sarawak seperti SALCRA/SEDC/sebab harga getah hari ini adalah RM1-70 sekilogram Macammana hendak menyara keluarga besar semasa kemelut ekonomi dunia sekarang. Walaupun harga petrol RM1-90 seliter juga tidak dapat mengurangkan beban keluarga tetapi menambahkan lagi ekoran harga barang melambung tinggi.