Monday, December 1, 2008

PAS IBARAT HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU DALAM PAKATAN RAKYAT

Oleh: Tulip Desa

Gambar:Http://www.pewarismelayu.blogspot.com

Janji PAS untuk menutup kilang arak sekiranya menang pilihanraya ke-12 nampaknya janji tinggal janji. Bukan mudah untuk menghapuskan gejala rasuah, maksiat dan arak dalam masa yang singkat. PAS dilihat gagal melestarikan agenda Islam di Selangor sekaligus menghakis keyakinan orang Melayu di negeri tersebut terhadap imej dan kredebiliti PAS.

PAS tidak berani bersuara dan menyatakan pendiriannya berhubung dengan isu yang melibatkan agama Islam. PAS dilihat terlalu lemah dan tidak berdaya dalam mempertahankan kesucian agama Islam kerana suara-suara mereka tidak dihiraukan oleh DAP dan PKR. PAS diumpamakan sebagai anak tiri dalam Pakatan Rakyat di mana DAP dan PKR lebih selesa berbincang bersama dalam isu pentadbiran negeri.

Adakah PAS sedar akan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai hidup segan mati tak mahu.PAS juga menghadapi krisis dalaman yang menyumbang kepada kurangnya sokongan orang Melayu yang beranggapan PAS tidak lagi menyengat dan umpama lembu dicucuk hidung.

Seharusnya kepimpinan tertinggi PAS perlu muhasabah diri dan merenung kembali, adakah PAS berada di landasan yang betul atau tersasar jauh daripada perjuangannya. Pada pandangan Tulip, kehadiran Pas dalam pakatan berkenaan hanya sekadar untuk memastikan pembangkang tidak hilang kuasa di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka.Perlu diingatkan bahawa rakyat akan menilai prestasi pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan sebelum membuat keputusan samada membenarkan mereka terus memimpin atau menolak mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

1 comment:

rayliew said...

Inilah muka SEBENAR pakatan rakyat, perjuangan parti dan kepentingan masyarakat tidak diutamakan lagi kerana terpaksa menjalinkan hubungan yang baik dengan parti komponen pakatan untuk terus meneraju kerajaan negeri Selangor.. bagi mereka KUASA adalah penting daripada segala-galanya.. PAS bukanlah PAS yang tulin, DAP bukanlah DAP yang tulin, tetapi Bos Pakatan PKR tetap bermaharajalela dalam pakatan..