Setelah banyak kontroversi dibuat oleh Mr Zaid akhirnya UMNO memutuskan semalam untuk memecat Zaid dari parti tersebut.Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
Pemecatan ini berkuatkuasa serta merta. Kini Zaid bebas untuk memasuki parti PKR ataupun PAS ataupun DAP. Biasanya orang yang dipecat dalam UMNO pastinya akan menjadi umpama 'goreng pisang panas' khasnya tawaran untuk memasuki mana-mana parti pembangkang.Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.
Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.
Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan status orang Melayu.Tindakan dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah. Mengikut perlembagaan parti, anggota yang telah dipecat tidak boleh membuat rayuan.
Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.Menyentuh mengenai isu-isu sensitif yang ditimbulkan anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Abdullah berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang dan akan dibincangkan dalam suasana yang terkawal.
Bagaimanapun beliau menasihatkan mereka yang hendak menimbulkan sesuatu perkara atau reaksi yang tidak disenangi oleh kaum lain, perlu bertanggungjawab di atas tindakan yang dibuat.
Laporan penuh : Malaysiakini.com
1 comment:
Tindakan mengkritik dan mempertikaikan parti adalah kesalahan yang serius dan patut di ambil tindakan tattertb yang serius, sekiranya tidak ianya akan memudaratkan kewibawaan parti serta pemimpin parti.
Post a Comment