Thursday, December 4, 2008

Kolej Universiti Lim Kok Wing...cemerlang.

Oleh: Pemikir

MP Gombak mempertikaikan peranan Kolej Universiti Lim Kok Wing apabila membahaskan bajet Kementerian Pengajian Tinggi pada 3 Disember 2008 di Parlimen. Beliau menganggap IPTS ini diberi keutamaan dibandingkan dengan IPTA yang bertaburan di Malaysia. Pada beliau perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan sepatutnya memberi keutamaan kepada IPTA.
MP Gombak sekurang-kurangnya perlu tunjuk apresiasi kepada institut ini yang telah banyak memberi khidmat pendidikan kepada pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu dalam bidang multi media dan seni kreatif. Kini Kolej Universiti telah bertapak di London, Botswana (Afrika), Republik China dan kampus induknya di Cyberjaya.
Pemerhati berpendapat bahawa kolej ini agak established dan telah dapat menepati keperluan-keperluan serta spesifikasi Kementerian Pengajian Tinggi yang agak rapi sebelum meluluskan pembentukan mana-mana IPTS. Juga kolej ini didapati telah mengeluarkan pelajar-pelajar yang cemerlang yang telah pun diterima oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa termasuklah pereka fesyen, pereka grafik dan lain-lain lagi. Ia juga bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti kursus-kursus yang berkualiti seperti terdapat di universiti-universiti di Eropah dan USA.
Tahniah kepada Kolej Universiti Lim Kok Wing ini dalam wawasan meningkatkan modal insan kepada negara.

1 comment:

rayliew said...

Kerjaya Pereka Fesyen dan Grafik serta Animasi semakin mendapat tempat di dunia ini dan bayaran gajinya juga lumayan. KIta perlukan lebih banyak tenaga kerja mahir dalam bidang cyber yang melibatkan animasi dan rekaan grafik dalam pembangunan CYBERJAYA negara.