YB Menteri Penerangan membuka persidangan Dewan Rakyat dengan menjawab pertanyaan daripada MP Muar, Dato' Razali Bin Haji Ibrahim. YB Dato' Ahmad Shabery Cheek menjelaskan daripada hasil tinjauan melalui Sistem Mesej Ringkas (SMS) dalam "Rancangan Selamat Pagi Malaysia"pada bulan Mei 2008 mendapati 39% penonton bersetuju liputan siaran langsung Dewan Rakyat diteruskan. AGB Nielsen Media Research turut mengemukakan datanya bahawa pada bulan April hingga Mei sejumlah 230 hingga 250 ribu penonton siaran langsung yang menonton siaran tersebut.
YB Menteri Penerangan turut memperincikan anggaran kos penerbitan siaran langsung yang menelan belanja sebanyak RM 2.3 juta setahun. Kos sebenar adalah bergantung kepada bilangan hari persidangan. Di samping itu juga, Kementerian juga dalam peringkat mengkaji mekanisma-mekanisma lain yang boleh mengurangkan kos penerbitan siaran langsung tersebut. Kementerian Penerangan juga dalam peringkat kajian untuk menambah masa siaran langsung sesi soal jawab parlimen daripada 30 minit kepada 90 minit dan menyiarkannya di Internet.
1 comment:
Kementerian Penerangan sentiasa komited dalam memastikan peningkatan mutu siaran, serta membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa..
Post a Comment