Monday, December 29, 2008

Pas, DAP ibarat tikus dan kucing - Ibrahim Ali

"KOTA BHARU 27 Dis. - Sikap Pas yang berdolak-dalik dalam melaksanakan hukum hudud disifatkan sebagai amat memalukan kerana ia jelas menunjukkan parti itu hilang nilai perjuangan sehingga terpaksa tunduk kepada rakannya, DAP.Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, parti itu sepatutnya tegas dalam pendiriannya untuk mempertahankan hudud dan bukannya patuh kepada DAP.

Beliau berkata, parti itu juga sepatutnya menjadi seperti DAP yang tetap bertegas untuk menolak hudud walau apa cara sekali pun.

"Pas tidak seharusnya berdolak-dalik dalam melaksanakan hudud dan perjuangan asalnya sebagai sebuah parti Islam. Keadaan yang berlaku hari ini saya lihat Pas dan DAP seperti tikus dan kucing.

"Bila kucing mengiau, tikus terus lari. Sama juga dengan Pas yang boleh ubah pendirian selepas DAP tidak bersetuju. Soalnya kenapa Pas tidak bertegas juga untuk laksana hudud kerana parti itu mempunyai pengaruh yang besar berbanding dua lagi parti dalam pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sikap berdolak-dalik Pas dalam melaksanakan hukum hudud.

Ibrahim berkata, sikap Pas sama seperti UMNO kerana ketika parti tersebut menekan kerajaan supaya dilaksanakan hudud dan qisas, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan alasan yang sama.

"Dulu BN beri alasan rakyat belum bersedia untuk hudud dan qisas tetapi hari ini Pas pun beri alasan yang sama juga, jadi tidak ada perbezaan.

"Saya bukan hendak mengecam Pas tetapi mengingatkan kerana saya masih menghargai parti itu yang memberi laluan untuk saya bertanding pada pilihan raya umum lalu. Jadi mereka harus sentiasa ingat dasar perjuangan yang dipegang selama ini," katanya.

1 comment:

anak-malaya said...

Assalamualaikum wbt..

Selamat menyambut tahun baru Islam..

Semoga awal muharam 1430 hijrah dapat menjadikan PAS berhijrah daripada Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional.

PAS perlu membuat penghijrahan halatuju parti itu.

Dulu kerana jawatan apabila kalah dalam pemilihan UMNO maka keluar menubuhkan PAS.

Kini kerana kuasa apabila sanggup menjadi hamba kepada kafir harbi yang terus terang menentang islam.

Harap2.. akan datang PAS akan menjadi hamba kepada Allah swt.. ikhlas dalam perjuangan dan bersama2 BN yang dipimpin oleh UMNO yang memperjuangkan Islam, melayu dan tanah air.