Tidak banyak hotel di negara kita memiliki sijil halal. Perkara ini menimbulkan kegusaran rakyat terutamanya yang beragama Islam. Tiada kesedaran daripada pengusaha-pengusaha hotel lantaran akta di negara ini, tidak mewajibkan seseorang atau hotel untuk mendapatkan sijil halal.
Kerajaan telah mengambil pendekatan bersepadu dengan mengadakan kempen melalui dua pertubuhan iaitu MAAH sebagai persatuan yang empunya hotel dan yang kedua adalah MAHO sebagai persatuan operator-operator hotel. Walaubagaimanapun, kempen ini mendapat sambutan yang dingin daripada pihak hotel. Mereka merasakan tiada kepentingan bagi hotel lima bintang mendapatkan sijil halal kerana telah diiktiraf oleh antarabangsa.
Kerajaan tidak memberikan sijil halal kepada keseluruhan hotel dan hanya terhad di bahagian dapur sahaja. Masalah ini memberi kekangan pada pihak hotel kerana pemberian sijil halal melibatkan ubahsuai hotel itu sendiri di mana mereka tidak dibenarkan untuk mencampuri dapur halal dan tidak halal.
Sehubungan itu, Tulip merasakan pihak Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pengusaha hotel yang masih tidak memohon untuk memiliki sijil halal atau menggantung lesen mereka. Akta mengenai sijil halal ini perlulah dipinda agar terus relevan supaya imej negara sebagai sebuah negara Islam tidak tercemar. Ditakuti jika masalah ini tidak ditangani, sambutan pelancong daripada Asia Barat untuk melancong ke Malaysia akan berkurangan.

1 comment:
Hotel yang berbintang-bintang yang menyediakan masakan halal sepatutnya memohon untuk mendapatkan sijil halal kerana ia dapat menjamin imej mereka. Namun bagi hotel yang tidak menyediakan masakan halal agak sukar untuk berbuat demikian ianya melibatkan kos yang tinggi dan juga sasaran pelanggan dari negara yang berlainan yang minat makanan yang tidak halal.
Post a Comment