Monday, December 29, 2008

Antara Putar Belit Anwar Di Kuala Terengganu

Oleh: Citra adora
Seperti yang kita sedia maklum, Anwar Ibrahim (DSAI) memiliki kepakaran memujuk dan mempengaruhi orang ramai dalam sesi ucapannya. Lebih terserlah lagi, beliau memang amat pandai menyamar dan bermuka-muka di kalangan pengundi-pengundi khususnya daripada kaum India dan Cina.
Maka tidak hairanlah ramai pengundi kaum India dan Cina yang menyokong beliau dek kerana terpengaruh dengan janji-janji manisnya.
Tetapi ini bukanlah faktor penentu kepada keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu nanti akan berpihak kepada komponen parti Pakatan Rakyatnya, PAS. Menurut sumber, orang Melayu terutamanya masih merasa ragu-ragu dengan keikhlasan DSAI untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang-orang Melayu.
Ini kerana Pakatan Rakyat dilihat masih tidak menunjukkan kecemerlangan dalam mentadbir negeri-negeri yang berjaya mereka kuasai sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan. Nasib orang Melayu/Islam masih lagi di takuk lama dan seolah-olah tidak terbela. Janji-janji manis ketika PRU 12 lalu juga masih banyak belum dikotakan.
Berhubung isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas yang ingin digunapakai oleh PAS, DSAI dilihat lebih mendiamkan diri dan tiada sebarang komen yang keluar daripada mulutnya. Hanya PAS yang begitu lantang memperkatakan soal hukum hudud dan qisas ini.
Saya amat yakin bahawa DSAI pasti akan membangkitkan pelbagai isu sensitif dalam kempen-kempennya di Kuala Terengganu bagi meraih undi daripada pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya di kawasan bandar sementelah ramai pengundi Cina yang tinggal di kawasan tersebut.

No comments: