Monday, December 1, 2008

Kandang Babi Nikmat Untuk Semua?

Oleh: Citra Adora

Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua", beginilah motto kerajaan PAS Negeri Kedah sejak mengambil negeri itu. Pada 19 Nov 2008, Kerajaan PAS Kedah telah membuat kejutan besar kepada pengundinya di Kedah. Tapak seluas 162 hektar akan dibangunkan sebagai ladang babi moden di Bukit Selambau, Kedah. Sejumlah 46,000 ekor babi akan diternak dalam kawasan tersebut. Ladang babi ini akan dibuka sekiranya tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.
Kalau ada bantahan, hendak teruskan juga?Entah mengapa, PAS di Kedah dilihat seolah terdesak sangat untuk membuka kandang babi ini. Kalau tidak buka, tidak bolehkah? Mengapa harus mengikut langkah kerajaan PKR Selangor yang membuka kandang babi bernilai RM100 juta di Sepang? Jika hendak berlaku adil kepada semua sekalipun, mengapa sampai perlu membuka kandang babi untuk tujuan tersebut. Banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan untuk memberikan "nikmat kepada semua".
***********************************************
Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS, PKR dan DAP memang gemar mencetus kontroversi. Lepas satu isu, satu lagi isu dibangkitkan, yang mana boleh mengundang kemarahan rakyat. Cadangan kerajaan PAS di Kedah untuk membuka ladang babi yang dikatakan akan diternak secara in house ini bukanlah suatu nikmat yang didambakan oleh rakyat Kedah khususnya orang Melayu setelah memangkah mereka dalam PRU 12 yang lalu. Tidakkah PAS sedar perkara-perkara yang berkaitan babi amat sensitif untuk diterima oleh umat Melayu/Islam.
Banyak lagi perubahan yang boleh diberikan kepada rakyat Kedah seperti daripada segi pembangunan dan meningkatkan ekonomi negeri. PAS dilihat tidak kreatif dalam menjana ekonomi negeri yang ditakluknya. Apa yang jelas dilihat ialah PAS berada jauh di belakang PKR dan DAP. Kemunculan PAS dalam Pakatan Rakyat hanyalah untuk mencukupkan korum parti gabungan tersebut dan memancing undi pengikut-pengikut PAS bagi memantapkan pengaruh PR.

2 comments:

Anonymous said...

Tayung said......,
Daging babi memang sedap.Kalau nak ikut makan daging babi janganlah sampai membenarkan ladang babi dibina di penempatan orang melayu.Pergi jauh-jauh dan biarkan DAP yang aturkan jangan pula PAS yang sibuk.Tayung pesan kalau dibantah tak apa cara alternatif lain .Projek lain yang boleh menjana ekonomi nergeri kedah.Kalau nak makan daging babi pergi saja ke PP di tempat lain ada.

rayliew said...

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak sensitif dalam isu ini? satu pertanyaan yang BESAR??? Penempatan ladang babi di kawasan perumahan bumiputera tidak berlaku sebelum ini, tetapi ianya diadakan oleh kerajaan pakatan untuk tujuan politik, dan yang hairan sekali PAS pun menyokong usul ini... PAS tidak lagi PAS, hanya pengikut PKR sahaja...