Oleh: Pemikir
MP Permatang Pauh diramalkan akan berkempen di Kuala Terengganu setelah lama calon pembangkang diputuskan. Beliau ini akan cuba mempengaruhi pengundi-pengundi Kuala Terengganu dengan cerita-cerita lapuk dan basi. Beliau suatu masa dulu menipu rakyat kononnya akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September. Rupa-rupanya MP ini cuba mengaburi mata rakyat Malaysia dengan pembohongan yang sangat ketara.
Kini MP ini akan cuba memberi tarikh baru hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun dunia sedang sibuk menghadapi kemelesetan ekonomi. Beliau ini bukan hanya membuat pembohongan sekali sahaja malah berpuluh-puluh kali pembohongan sejak beliau dibebaskan daripada penjara.
Pemerhati berpendapat supaya rakyat Kuala Terengganu jangan mudah terpedaya dengan muslihat seorang ahli magis ini. Pengundi-pengundi Kuala Terengganu perlu matang apabila mengundi. Jika memilih pembangkang maka warga Kuala Terengganu pasti berdepan dengan kerugian besar.
Undilah dengan bijaksana. Undilah BN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment