Dipetik: http://aspirasi-bangsa.blogspot.com
Terima kasih daun keladi, kerajaan menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini bagi membolehkan rakyat menikmati penurunan harga bahan api dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.
Harga baru tersebut adalah seperti berikut:-
Petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter-
Petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.
Ini merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.
Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.
Wednesday, December 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Well..minyak lagi turun..petrol more cheaper so bila harga makanan dan lain lain turun?
TERIMA KASIH PAK LAH DAN KERAJAAN BN.
Post a Comment