Oleh: Citra Adora
PAS semakin ketandusan idea dalam menarik perhatian dan memancing pengundi-pengundi Kuala Terengganu. PAS kononnya akan melaksanakan hukum hudud dan qisas apabila berjaya menawan negeri Terengganu daripada BN. Meskipun PAS hanya akan mengumumkan nama calonnya pada 1 Januari depan namun mereka kini semakin galak mengutarakan isu hukum hudud dan qisas. Isu basi ini sengaja dipolemikkan bagi menarik perhatian pengundi-pengundi Melayu dan Islam bagi Pilihan Raya Kecil p.036 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 akan datang.
Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang ialah cadangan PAS untuk merealisasikan hukum hudud dan qisas ini tidak mendapat persetujuan daripada rakan pakatan rakyatnya, DAP. DAP dilihat begitu membantah keras pelaksanaan hukum berkenaan.
Menurut sumber ekoran daripada tentangan DAP itu, PAS kini berada dalam keadaan goyah dan mula mencari alasan lain apabila diasak oleh beberapa pihak mengapa sehingga sekarang masih tidak melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang di bawah takluknya seperti Kelantan dan Kedah. PAS mendakwa disebabkan oleh faktor kemelesetan ekonomi mereka terpaksa menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan qisas. Alasan yang sungguh tidak masuk akal dan tiada kaitan langsung.
Apapun semoga rakyat dapat menilai dengan sebaik-baiknya di mana intan dan di mana kaca.
Pilihlah yang terbaik demi masa depan anda dan keluarga anda.
No comments:
Post a Comment