Friday, June 15, 2012

AKADEMI UNDANG-UNDANG PERLU DIWUJUDKAN SEGERA

Oleh MM,

Majlis Peguam perlu bersikap terbuka dan demokratik. Ia sepatutnya mengalu-alukan cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang yang benar-benar bertujuan untuk meningkatkan lagi profesionalisme warga-warga peguam di Malaysia. Majlis Peguam tidak seharusnya bimbang dengan cadangan untuk meneruskan penubuhan Akademi Undang-Undang

Majlis Peguam harus melihat peranan Majlis Peguam yang berada di Singapura. Di sana Majlis Peguam benar-benar menepati kehendak-kehendak ahli-ahlinya yang tidak suka terlibat dalam politik Singapura. Ahli-ahlinya diberi kemudahan untuk melaksanakan program-program termasuklah yang bersifat kekeluargaan.

Pemerhati berpendapat bahawa sudah sampai masa Akademi Undang-Undang ini direalisasikan oleh pihak Kerajaan dan juga diberi tugas-tugas hakiki demi mempertingkatkan kerjaya tiap peguam yang sedia ada dan juga mereka-mereka yang akan keluar daripada universiti-universiti. Usaha Menteri di JPM, Datuk Seri Mohamad Nik Abdul Aziz elok disokong oleh ahli-ahli Parlimen dan rakyat amnya.

No comments: