Wednesday, June 24, 2009

TOK GURU MENGHADAPI KRISIS KEYAKINAN DIRI. BELIAU ADALAH BONEKA...

OLEH : PEMIKIR - MM

Sejak kebelakangan ini, isu PERPADUAN menjadi tajuk-tajuk utama di dada-dada akhbar dan juga berita-berita di televisyen tempatan. Rata-rata majoriti rakyat terutamanya orang-orang Melayu didapati berminat mengenai tajuk ini. Mereka menaruh harapan bahawa perpaduan yang dicetuskan Pemimpin PAS terutamanya YB Hj. Hadi Awang sedikit sebanyak, dapat direalisasikan. Hanya dengan cara ini orang-orang Melayu tidak kira parti dapat bersatu demi kebaikan Malaysia Majmuk dan seterusnya melonjakkan ekonomi dan kebajikan semua lapisan masyarakat berteraskan satu Malaysia.

Walaupun wujud perbezaan pendirian dan pendapat dalam parti PAS mengenai perpaduan yang dimaksudkan oleh ustaz Hadi, ini adalah satu perkara biasa sebelum idea ini dapat dimantapkan. Tok guru pada awalnya menolak cadangan Ustaz Hadi dan juga Timb. Presidennya, Ustaz Nasaruddin kononnya mereka ini adalah boneka UMNO. Tok Guru mengingatkan ahli-ahli PAS tentang apa yang berlaku 40 tahun dahulu kepada PAS yang masuk UMNO. Tetapi Tok Guru tukar haluan apabila menyokong konsep perpaduan dengan bersyarat.

Parti-parti pembangkang seperti DAP dan PKR menangguk di air yang keruh. Mereka tidak setuju dengan tindakan PAS yang dibuat secara uniliteral dengan UMNO. Sepatutnya PAS sebagai komponen PR perlu berbincang terlebih dahulu dengan DSAI, Ketua PR. Sejak 2 hari yang lepas, telah berlaku perbincangan di mana Ustaz Hadi turut hadir. Mesyuarat sebulat suara menolak Kerajaan Perpaduan.

Pemerhati berpendapat bahawa proses ini adalah biasa dan perlu dihadapi. Kini Tok Guru sedang menghadapi krisis keyakinan diri dan juga hakisan pengaruh dikalangan pengikut-pengikut PAS. Sebagai Mursyidul Am, pemimpin-pemimpin PAS kelihatan kurang menghormati pandangan dan pendirian beliau. Tok Guru juga didapati tidak tegas dan sentiasa berdolak-dalih terutamanya dalam masa-masa kritikal ini. Akibat daripada keputusan PR menolak perpaduan, Tok Guru mempunyai perasaan suka dan duka. Suka kerana beliau memerlukan sokongan DAP dan PKR untuk membantutkan perpaduan dan ini sekaligus menunjukkan bahawa PAS telah menjadi alat DSAI, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Duka kerana saham beliau sebagai Mursyidul sudah menurun. Adalah elok Tok Guru merenungkan sedalam-dalamnya diri beliau kerana adalah satu kerugian pada PAS jika ia terus menaruh harapan kepada parti yang materealistik dan terlalu sekular seperti DAP dan PKR.

1 comment:

Anonymous said...

Kepada mm adalah lebih baik berdiam diri ,jgn lah ckp tajuk tajuk yang boleh mengeruhkan lagi perpaduan melayu...lebih baik duduk mcm Dato abu .tengok dayang lagi baik dari dok fikir hal hal yang boleh merosakan perpaduan