Tuesday, June 19, 2012

DATO' SERI NAJIB KE ARAB SAUDI MENZIARAH JENAZAH ALMARHUM PUTERA MAHKOTA NAYEF ARAB SAUDI

Oleh MM,


Mangkatnya Putera Mahkota Nayef Abdul Aziz Al Saud adalah satu kehilangan kepada kepimpinan Arab Saudi. Beliau merupakan seorang anak raja yang patriotik dalam memastikan bahawa negaranya sentiasa duduk di atas di landasan terbaik terutamanya dalam menghadapi masalah-masalah antarabangsa seperti isu-isu Palestin, Iraq, dan juga keganasan Al-Qaeda. Arab Saudi dapat terus mengekalkan statusnya sebagai sebuah negara yang tidak mudah dicemar dalam menghadapi isu-isu sensitif demi kepentingan rakyat Saudi. Pemerhati berpendapat bahawa kepimpinan Arab Saudi mempunyai cukup barisan pelapis untuk terus meneraju negara ini ke tahap yang lebih tinggi sebagai negara yang bertanggungjawab besar mempertahankan kota Mekkah dan kota Madinah adalah diyakini bahawa pemimpin-pemimpin Arab Saudi pada masa akan datang akan dapat memastikan bahawa kedua-dua kota suci ini akan terus selamat untuk dikunjungi pada bila-bila masa terutama pada musim haji.

Malaysia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Arab Saudi sejak merdeka lagi. YAM Tunku Abdul Rahman merupakan Setiausaha Agung pertama bagi OIC yang berpengkalan di Jeddah. Dengan restu Arab Saudi maka OIC kini merupakan satu organisasi antarabangsa yang di hormati oleh badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu di New York. Pemerhati berpendapat bahawa kehadiran YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia menghadiri diri di Arab Saudi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Al-Marhum, adalah satu bukti tentang keukuhan perhubungan mesra Arab Saudi dan Malaysia.


 Semoga Allah mencucuri rahmatNya di atas roh Putera Mahkota Nayef. Al-fatihah 

No comments: