Kemiskinan adalah satu fenomena yang tidak dapat dikikis daripada muka dunia. Ini jelas kelihatan wujud di banyak-banyak negara seperti di Afrika dan juga di Asia. Malaysia adalah satu-satunya negara yang gigih menangani isu kemiskinan. Sejak merdeka pada 1957, isu kemiskinan rakyat merupakan agenda pertama dalam pengurusan ekonomi negara. Ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh oleh semua Perdana Menteri Malaysia. Dibawah Program Transformasi Ekonomi yang diutarakan oleh YAB Dato' Seri Najib, kerajaan terus berusaha untuk mengurangkan peratusan kemiskinan di Malaysia. Sehingga ini tahap kemiskinan di Malaysia adalah di bawah 3%. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan sifar kemiskinan di Malaysia.
Satu daripada cadangan untuk meningkatkan sara hidup rakyat, kerajaan mencadangkan skim pencen khas pekerja swasta diwujudkan. Cadangan ini sedang di teliti oleh Kementerian Sumber Manusia, dibawah Datuk Seri Dr.S.Subramaniam. Cadangan ini penting kerana tidak ingin melihat kemiskinan membelenggu pekerja swasta selepas bersara dan tidak dapat menikmati kehidupan berkualiti dengan jangka hayat penduduk yang semakin meningkat, caruman KWSP tidak mencukupi, terutama pekerja-pekerja swasta berpendapatan rendah.
Tindakan kerajaan ini dianggap sangat baik dan menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyatnya. Kerajaan ingin memastikan bahawa pekerja-pekerja swasta sentiasa terbela supaya mereka anak-anak dan cucu-cucu dapat terus mendapat hidup yang paling terbaik.
No comments:
Post a Comment