OLEH : MELUR
Kata Tuan Guru Nik Aziz, beliau samakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng sama seperti kita guna peribahasa Melayu 'seperti rusa masuk kampung' terhadap seseorang. Yakni, bukanlah kita kata orang itu rusa, berekor dan bertanduk. Cuma ada sifat tertentu yang serupa.Maka selepas ini bolehlah anak-anak kita kata pada kawannya, "engkau ni pendek macam babi." Nik Aziz ajar.
Kalau kita mengunakan akal yang waras, isu samakan UMNO dengan Ayah Pin atau Chin Peng, tidak akan diterima. Penyamaan ini, seolah-olah tiada isu lagi yang perlu diketengah demi polimik. Biasalah seorang pemimpin berusaha mencari isu agar tidak kering isu, untuk mengikat penyokong. Bagi penyokong yang sudah taksub, apapun isu yang diketengahkan pasti dianggap betul. Namun, dalam suasana sekarang ini, gunalah akal fikiran kita untuk menilai mana yang betul mana yang tidak betul. Janganlah jadi seperti “kerbau dicucuk hidung”.
Mufti Perak pun telah dicerca disebabkan menegakkan kebenaran. Berikut adalah beberapa terjemahan Al Quran dipetik dari temubual Mufti Perak.
Firman Allah dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya.
"Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri."
(al-Maa'uun: 4-5)
Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).
"Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara".
"Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu…
(al-Maidah: 9).
Sebagai umat Islam kita sepatutnya kasihkan sesama Islam sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘kasihkan saudara kamu sepertimana kamu kasihkan diri kamu sendiri’.
Selepas menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng, TG Nik Aziz mengajak PM berdebat secara terbuka berhubung perbezaan dasar UMNO dan PAS...tapi bak kata Tun Mahathir, "BUANG MASA DEBAT DENGAN NIK AZIZ KERANA IA TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG FAEDAH" .
MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment