Tuesday, June 26, 2012

DIPLOMAT SINGAPURA PERLU DIPANGGIL PULANG

Oleh MM

Penglibatan tiga diplomat Singapura dalam demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 adalah satu tindakan yang jelas menunjukkan diplomat Singapura ini perlu kembali semula di kolej diplomasi. Dengan cara ini, mereka akan dapat mempelajari cara seorang diplomat bergerak semasa bertugas di negara asing termasuk di Washington, Bangkok, Jakarta Phenom Pen, dan Malaysia. Secara asasnya, seorang diplomat mesti elak daripada terlibat dalam politik negara yang mereka ditugaskan. Apabila mereka di dapati terlibat, pihak Kementerian Luar Negeri setelah mendapat laporan sahih, akan membawa perkara ini ke pengetahuan negara asal usul diplomatik.Negara tersebut akan cuba menafikan atau meminta maaf. Dalam kes BERSIH ini, kedutaan Singapura mengatakan bahawa diplomat itu terdapat di kawasan demonstrasi atas inisiatif peribadi mereka dan tiada kena mengena dengan kedutaan Singapura di Kuala Lunpur. Wakil Singapura juga memprotes tentang sikap kasar yang di paparkan oleh Malaysia terhadap diplomat mereka.

Pemerhati berpendapat adalah elok kedutaan Singapura bersikap professional dalam mengendalikan diplomasinya di Malaysia supaya hubungan dua hala akan bertambah akrab. Pegawai-pegawai ini eloklah di panggil balik dan digantikan dengan pegawai-pegawai baru. Kerajaan Singapura sepatutnya mengambil tindakan disiplin terhadap mereka supaya mereka tidak ulangi kerja-kerja seperti ini di negara-negara lain.

No comments: