Thursday, June 28, 2012

MALAYSIA AKAN MELABUR DI REPUBLIK GUINEA - SELAMAT DATANG PRESIDEN GUINEA


Oleh MM,

Lawatan Presiden Republik Guinea daripada Afrika ke Malaysia mulai 27 Jun 2012 adalah satu lawatan yang bermakna kepada kedua-dua negara. Guinea meminta Malaysia menyokong membangunkan ekonominya yang mempunyai banyak sumber alam untuk dijadikan sebagai bahan perniagaan Guinea. President nya En.Alpha Conde semasa bertemu YAB PM menyatakan bahawa Guinea telah melaksanakan beberapa reformasi berkaitan dengan aspek keselamatan negara dan juga sedang mengulang kaji sistem kehakimannya. Guinea sudah pun mengadakan tatacara pelaburan supaya dapat menarik negara-negara luar melabur di negerinya. Kini Guinea adalah sebuah negara berdemokratik dan telah menyisihkan sistem diktator yang ada sebelum ini. Presiden juga memuji Malaysia sebagai negara contoh Islam yang elok diikuti contoh-contohnya bagi membangunkan negara-negara Islam lain.

YAB PM menyambut hasrat Guinea dengan terbuka dan beliau yakin bahawa pelabur-pelabur Malaysia akan meneliti keperluan-keperluan yang disebut oleh Presiden Guinea. YAB PM mengatakan bahawa Malaysia boleh mencebur dalam bidang pembekalan alat-alat pertanian moden, ICT dan perbankan Islam di Guinea.

Pemerhati menyambut baik kedatangan Presiden Guinea ini dan adalah diharapkan bahawa lawatan ini tidak akan berakhir begitu sahaja tetapi mencapai matlamat kedua-dua negara atas dasar menang-menang

No comments: