Oleh MM
Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah satu yang mencabar kerana ia juga dianggap sebagai Menteri kecil dalam memastikan Bandaraya Kuala Lumpur berjalan dengan terbaik. Perlu diingat bahawa terdapat 3 juta rakyat di Wilayah Kuala Lumpur tidak termasuk mereka yang bermastautin di Lembah Klang dan kawasan Kajang. Kota ini akan menjadi lebih sibuk dan tumpuan apabila wujudnya nanti MRT yang menghubungi Sungai Buloh hingga ke Kajang.
Kuala Lumpur merupakan satu bandar yang moden dan dapat menandingi kota-kota lain di dunia ia tidaklah sesibuk kota New York City, Tokyo, Jakarta, Bangkok, London kerana faktor kependudukan yang masih dapat diuruskan. Kota-kota lain yang disebut tadi mempunyai penduduk yang melebihi 6 juta penduduk, bayangkan kota New York sekiranya berlaku blackout maka wujud lah kekecohan dan masalah-masalah sosial seperti penjenayahan dan lain-lain lagi. Penulis pernah mengalami peristiwa "blackout" di kota New York pada tahun 1976 yang berlarutan hingga subuh. Bayangkan senario itu dimana penghuni-penghuni dalam tiap bangunan di kota New York menghadapi masalah termasuk untuk turun naik bangunan-bangunan tinggi yang mereka diami.
Pemerhati berpendapat bahawa setakat ini Datuk Bandar Kuala Lumpur semenjak Allahyarham Tan Sri Yaakob adalah dalam keadaan terkawal malah semenjak era Tun Dr.Mahathir mantan PM kota Kuala Lumpur membangunkan dengan pesatnya dan kini menjadi terkenal dan tumpuan 23 juta pelancong dari luar.
Pemerhati ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang akan bersara pada 15 Julai 2012 kerana terdapat menjalankan tugasnya sebagai Datuk Bandar dengan cemerlang. Beliau patut di puji kerana bersikap tegas dalam mengendalikan isu dataran merdeka yang menjadi tumpuan semasa demonstrasi 28 April 2012. Sikap tegas Tan Sri Fuad ini menyerupai sikap tegas Mayor Bloomberg, bagi kota raya New York. Untuk makluman, Bloomberg sangat tegas semasa mengendalikan demonstrasi oleh NGO-NGO bernama Occupy Wall Street dan mengusir mereka daripada kawasan itu. Bloomberg mengatakan kepada penunjuk perasaan ini bahawa mereka perlu bersurai kerana kekotoran yang wujud boleh membawa mudarat kepada kesihatan penghuni-penghuni di kawasan Wall Street, New York.
Pemerhati mengucapakan SELAMAT BERSARA kepada Tan Sri Fuad dan adalah diharapkan bahawa Datuk Bandar Baru, Datuk Ahmad Phesal Talib akan dapat mempertingkatkan lagi imej Kuala Lumpur di mata dunia.
No comments:
Post a Comment