Thursday, February 26, 2009

AMARAN MP SADONG PERLU DIAKUR OLEH PADANG SERAI (PKR)

Oleh: Pemikir

MP Sadong (BN) di Parlimen pada 25 Februari 2009 dalam hujahnya mempertahankan bahawa mereka daripada golongan pembangkang yang ingin masuk ke Sarawak perlu tertib dan menghormati sensitiviti warga Sarawak. Beliau kesal dengan pendekatan dan pandangan YB Padang Serai (PKR) yang cuba pandai-pandai hendak mengajar orang-orang Sarawak supaya hidup aman dan berintegrasi.
Tahukah apa yang Padang Serai cakap pasal Sarawak? Padang Serai patut tahu bahawa beliau perlu mempelajari dari Sarawak yang jauh ke hadapan dalam menyatukan rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kumpulan etnik. Kenyataan MP Sadong disokong oleh MP Kapit (BN) yang mengatakan Padang Serai tidak faham tentang situasi etnik di Sarawak dan sebaliknya menghina dan mempersendakan mereka.
Pemikir berpendapat bahawa setiap ahli pembangkang dari Semenanjung perlu awas sebelum cuba masuk ke Sarawak. Mereka ini masih mempunyai minda dalam kotak dan menganggap bahawa apa yang mereka cakap-cakap sebagai pembangkang boleh diterima oleh semua orang.
Wahai pembangkang termasuklah Padang Serai jaga diri sendiri dulu.

1 comment:

kongpia said...

memang betul...saya setuju sangat...PKR/PR ingat kalau ko orang masuk sarawak dapat menyatukan / mengeratkan lagi perpaduan...saya nak bagi tahu bila PKR/PR masuk sarawak berkempen/ceramah mereka hasut supaya benci kepada masyarakat pribumi yang lain...mereka buat bandingan yang tidak tepat sehingga berlaku sedikit salah faham rakyat di sarawak.Ini yang PKR buat...