Wednesday, February 25, 2009

Satu Lagi Pilihan Raya Kecil di Batang Ai

KUCHING: Satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan - kali ini di Sarawak - berikutan kematian Menteri Muda Pertanian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting Ingkot, semalam. Dublin, 56, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC) pada jam 1.25 pagi selepas koma selama sembilan bulan akibat serangan angin ahmar, ketika penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru berusia lebih dua tahun, iaitu berakhir pada Julai 2011. Berikutan itu, pilihan raya kecil perlu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN berkenaan, tetapi sama ada ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak pada 7 April ini, akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada mesyuaratnya nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di ibu negara, bagaimanapun menyerahkan kepada SPR untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil itu. "Bila SPR menentukan tarikhnya, maka kita akan buat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil itu," katanya. Pilihan raya kecil DUN Batang Ai adalah yang kelima dalam tempoh tidak sampai setahun selepas Pilihan Raya Umum tahun lalu. Pilihan raya kecil pertama membabitkan Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu, diikuti Kuala Terengganu 17 Januari lalu.
dipetik dari beritaharian online
***********************************************************************************
Putrimalaysia...
Terlebih dahulu takziah diucapkan. Ibarat kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti" dengan pemergian ADUN Batang Ai dan seperti biasa akan diadakan satu lagi Pilihanraya kecil. Setakat ini da 4 kekosongan yang perlu diisikan dan ini adalah tanggungjawab rakyat untuk memilh pengganti bagi mengisi kekosongan tempat di DUN-DUN yang kosong ini. BN perlu berusaha dengan gigih bagi memenangi hati rakyat di keempat-empat DUN ini...Selamat Berjaya pada PRK yang akan datang ......

No comments: