Monday, February 16, 2009

SPB YDP Agong Mohon Rakyat Patuh Rukun Negara

Oleh: Citra Adora
SPB YDP Agong Tuanku Mizan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat hari ini. Antara inti pati utama titah Baginda ialah rakyat diminta menghormati Perlembagaan Persekutuan dan mematuhi serta menghayati 5 Prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.
Titah Baginda lagi, mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat dan memecah-belahkan rakyat dengan membangkitkan isu perkauman yang sempit akan diambil tindakan.
Kerajaan juga sedang melaksanakan pelbagai pendekatan bagi merangsang ekonomi negara untuk kebajikan dan keselesaan rakyat jelata.

No comments: