Oleh : Pemikir
Karpal Singh dalam Parlimen (25 Feb) mempertahankan bahawa MP Permatang Pauh adalah dan masih Ketua Pembangkang di Parlimen dan juga PR (Pakatan Rakyat). Perkara ini timbul gara-gara Karpal satu masa dulu mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi ketua mereka kerana pendirian Anwar yang tidak tentu hala berkaitan dengan hudud.
Pemerhati berpendapat bahawa PR (Pakatan Rakyat) menghadapi keretakan dalaman yang banyak digiatkan oleh Anwar Ibrahim. Perkara ini sudah berlaku dan keretakan ini agak sukar hendak dibendung terutamanya dengan ada Pemimpin-pemimpin dari PAS, DAP dan juga PKR yang tidak rasional. Eloklah pengikut-pengikut PKR fikir semula tentang pemimpin mereka yang tidak berprinsip dan bertulang belakang terhadap isu-isu utama seperti DEB, dan Raja-Raja Melayu
1 comment:
karpal menggunakan kekebalan di dalam parlimen untuk cakap apa yang dia suke.....sudahlah Karpal
Post a Comment