Monday, February 23, 2009

Pelaksanaan Dasar Jalur Lebar (Broadband)

Oleh: Citra Adora

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini Timbalan Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi memaklumkan bahawa Kerajaan sentiasa memantau pencapaian akses last mile yang telah ditetapkan dalam Pelan Jalur Lebar Nasional bagi meningkatkan penembusan jalur lebar (Broadband) negara.
Selaras dengan itu, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelan Pelaksanaan Jalur Lebar Nasional telah menetapkan sasaran iaitu untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah sebanyak 50% pada akhir tahun 2010.
Sehingga Disember 2008, kadar penembusan jalur lebar isi rumah negara ialah 21.1% iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak 20% bagi tahun 2008. Akses kepada perkhidmatan jalur lebar ini boleh diperolehi daripada teknologi berwayar sepert fiber optik, talian tembaga dan teknologi tanpa wayar seperti Third Generation (3G)/High Speed Downlink Packet Access (HSDPA) dan Worldwide Interoperability for Microwave Access (WiMAX).
Tambah YB Timbalan Menteri lagi, sehingga akhir tahun 2008 terdapat 52 pemegang lesen yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar dengan menggunakan pelbagai teknologi.
Bagi teknologi berwayar, syarikat utama yang memberikan perkhidmatan ini ialah Telekom Malaysia Berhad (TM) dan JARING.
Bagi teknologi tanpa wayar pula, antara syarikat-syarikat yang memberikan perkhidmatan jalur lebar ialah Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Redtone-CNX, Y-Max, Packet One dan Asiaspace.

No comments: