KUALA LUMPUR 23 Feb. — Seorang speaker seharusnya tidak memihak dan perlu menyedari sebarang kesan tindakannya kepada Dewan dan rakyat umumnya, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau berkata bila seseorang dilantik speaker, “anda adalah Speaker Parlimen atau dewan negeri berkenaan, dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau menguntungkan parti tertentu”.
“Seorang speaker tidak harus (menjadi) orang suruhan sesebuah parti politik,” katanya selepas merasmikan mesyuarat pertama jawatankuasa kecil Perhimpunan Parlimen Asean (APA) mengenai krisis kewangan global dan impaknya di sini hari ini.
Pandikar Amin menyatakan demikian kepada pemberita bila ditanya mengenai krisis perlembagaan di Perak sekarang. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar, yang mempengerusikan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan mengumumkan pada 16 Feb bahawa jawatankuasa itu telah menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya dari menghadiri sidang DUN masing-masing bagi tempoh 18 bulan dan 12 bulan berkuatkuasa serta merta.
Sivakumar dilaporkan telah juga memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas dewan tidak lama lagi.
Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam berkata Pakatan Rakyat akan membentangkan usul percaya terhadap beliau selaku menteri besar yang sah di mesyuarat itu.
— BERNAMA
Berita Harian Online (23 Feb. 2009)
******************************
Citra Adora:
Sudah terang lagi bersuluh Speaker DUN Negeri Perak, V. Sivakumar begitu bias dan memihak kepada parti Pakatan Rakyat berhubung isu peralihan kuasa BN di Perak.
Dilihat beliau seolah-olah penyokong kuat PKR/Pakatan Rakyat sehingga sanggup menentang keputusan Sultan Perak yang telah melantik Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru meskipun pelantikan tersebut adalah sah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Tidakkah Sivakumar sedar bahawa tindakannya menggantung MB baru ini dan barisan exconya akan merencatkan pembangunan di negeri Perak sendiri dan menyusahkan rakyat?
No comments:
Post a Comment