Monday, February 23, 2009

Saiz pakej belum diputus - TPM

PHUKET 22 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan kononnya saiz pakej rangsangan ekonomi dalam bajet mini yang akan dibentangkan 10 Mac ini melebihi RM30 juta.

''Apa-apa yang awak dengar sekarang hanyalah spekulasi. Kita belum membuat keputusan muktamad mengenai saiznya dan saya akan mengumumkannya di Parlimen.

''Apa yang pasti ia adalah lebih besar dan menyeluruh berbanding pakej yang pertama," kata beliau yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita pada mesyuarat khas Menteri Kewangan ASEAN+3 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina (Sin Chew Jit Poh) yang memetik Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha sebagai berkata, saiz pakej rangsangan tersebut berjumlah lebih RM30 bilion. - Utusan (23 Feb. 2009)
*************************
Citra Adora:
Apa-apa jumlah usahlah dipertikaikan. Paling utama pakej yang bakal dibentangkan pada 10 Mac nanti berupaya merangsang ekonomi negara dan menitikberatkan kebajikan rakyat.
Semestinya Kerajaan telah memperhalusi saiz pakej ini daripada pelbagai sudut demi kepentingan semua.

No comments: