Hari ini sidang di dewan rakyat banyak membincangkan tentang PPSMI yang kebanyakannya datang daripada MP MP Pembangkang .Antara persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang mengapa mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan sama ada mahu diteruskan atau dihapuskan PPSMI???.... dalam kes ini banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Bukan boleh hanya membuat keputusan begitu sahaja. Segala sudut harus dinilai kerana apa-apa sahaja yang dilakukan walaupun kecil harus dibuat dengan penuh teliti kerana impaknya kepada masa depan negara adalah amat mendalam. Satu lagi persoalan panas yang timbul adalah Adakah Kerajaan BN akan menyediakan sistem pemilihan Perdana Menteri secara langsung yang membuatkan sidang Dewan agak panas. Selain itu pembangkang juga menimbulkan tentang kebanjiran warga Nigeria yang dikatakan terlalu ramai serta mempersoalkan tentang penyalahgunaan pas masuk ke Malaysia sebagai pelajar.Tidakkah ada pemantauan dilakukan oleh pihak yang terbabit. Menteri -menteri daripada kementerian yang bertanggungjawab telah dengan baiknya menjawab segala persoalan tersebut.
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment