Monday, February 23, 2009

LCCT Labu, Tidak Menggunakan Konsep PFI atau PPP

Oleh: Tulip Desa
Dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini, YB Jerlun mengutarakan rasional pelaksanaan konsep PFI dalam menjayakan Projek LCCT, Labu. Pendekatan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) yang kini dikenali sebagai Public Private Partnership (PPP), adalah berasaskan kepada prinsip asas iaitu sesuatu kemudahan awam dibina, diselenggara dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta tanpa sokongan dan sumbangan kewangan oleh Kerajaan. Sebagai balasan, Kerajaan akan membayar caj 'unitary' untuk suatu tempoh konsesi dan penalti akan dikenakan kepada pihak syarikat sekiranya tahap perkhidmatan tidak menepati Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.
Sebelum ini Kerajaan telah menerima cadangan pembinaan keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura secara PFI/PPP, namun demikian cadangan tersebut tidak diteruskan kerana melibatkan sumbangan kewangan oleh Kerajaan. Melalui pelaksanaan PFI/PPP, sesuatu kemudahan awam dan insfrastruktur dapat disediakan melalui pembiayaan swasta dan akan seterusnya dapat mengurangkan beban kewangan kepada Kerajaan. Konsep PFI/PPP antara lain memberi penekanan terhadap value for money yang dapat dicapai menerusi agihan risiko antara Kerajaan dan swasta secara optimum, pendekatan whole life and whole service dalam penyampaian perkhidmatan, serta inovasi dan kecekapan pengurusan sektor swasta bagi penyediaan perkhidmatan selaras dengan KPI.
Cadangan projek pembinaan lapangan terbang baru di Labu yang dibangkitkan adalah merupakan suatu cadangan projek pelaburan swasta dan tidak dilaksanakan menurut konsep PFI atau PPP.

No comments: