Monday, February 23, 2009

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Komited Membantu IKS

Oleh: Tulip Desa
YB Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menjawab persoalan yang diutarakan oleh MP Pontian. Beliau menyatakan, Kerajaan sedang merangka strategi untuk mewujudkan satu kumpulan di peringkat daerah atau parlimen bagi memasarkan produk industri asas tani. Pembinaan pusat pengumpulan produk industri asas tani yang pertama sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada Ogos 2009. Ia menelan belanja sebanyak 1 juta ringgit. Pusat ini berperanan dalam pengumpulan barang-barang keluaran asas tani supaya ia dapat dipasarkan secara sistematik dan terselaras. Justeru itu, bantuan yang lebih bersepadu dapat diberikan oleh semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kementerian juga tiada halangan untuk melibatkan Penubuhan Persatuan Industri Asas Tani sebagai payung kepada pengusaha IKS. Pada masa ini, Kumpulan Usahawan Asas Tani yang sudah beroperasi telah memulakan kegiatan di seluruh negara dan Kementerian juga bersedia untuk berbincang dengan kumpulan-kumpulan ini bagi mengendalikan pusat yang jangka ditubuhkan yang pertamanya di Pagoh.

No comments: