Akhirnya Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Damansara pada 17 Februari 2009 jam 11.00 pagi. Elizabeth Wong melepaskan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor ekoran daripada penyebaran secara meluas melalui Internet dan MMS berhubung foto dan rakaman video beliau sedang tidur dalam keadaan bogel. Dikatakan gambar itu diambil dari pelbagai sudut dalam keadaan intim.
Beliau juga turut membuat pengakuan dalam Malaysiakini pada 16 Februari 2009 mengenai kebenaran foto tersebut serta menyatakan kemungkinan gambar-gambar tersebut dirakam oleh seorang bekas teman lelakinya. Mungkinkah ADUN Bukit Lanjan ini mengamalkan gaya hidup bebas dan bersekedudukan dengan teman lelakinya? Nampaknya Pakatan Rakyat semakin bercelaru dengan isu-isu moral. Rentetan daripada itu, tiga bukit iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan bakal berentap dalam Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Tulip menjadi hairan, mengapakah kepimpinan tertinggi DAP dan PKR tidak memberikan sebarang komen tentang perkara ini, sebaliknya kepimpinan PAS bermula dengan Nik Aziz dan Dr. Lo Lo' begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Cik Elizabeth Wong ini. Barisan Nasional seolah-olah menjadi kambing hitam Pakatan Rakyat apabila mereka meletakkan semua kelemahan mereka kepada BN dengan mendakwa ini adalah rancangan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Rakyat sudah bosan dengan gimik politik Pakatan Rakyat yang banyak menimbulkan kontroversi. Rakyat sudah muak dan hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat kerana tiada pembangunan yang dibawa sebaliknya mereka tidak jemu bermain dengan isu. Isu derhaka dengan sultan belum pun reda, timbul pula isu baru, Elizabeth Wong. Itulah Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment