Wednesday, May 7, 2008

KECOH, BINGIT DAN MENYAKITKAN HATI

Oleh Putri Malaysia
(http://www.putrimalaysia.blogspot.com)

Putri tertarik dengan sidang hari ini. Isu perkauman nampaknya tidak terlepas dalam persidangan kali ini. Puncanya, Karpal Singh yang dengan beraninya yang mempersoalkan peranan dan fungsi Istana Perak berhubung jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Nampaknya pembangkang gagal memahami sensitiviti orang Melayu dan berhati-hati dalam membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak. Putri sedih dengan keadaan ini yang nampaknya semakin meruncing . Mereka semakin berani sedikit demi sedikit sebenarnya mempersoalkan keistimewaan orang Melayu.

Memang secara automatiknya isu berkenaan raja-raja ini merupakan sentimen orang Melayu. Pembangkang pula nampaknya menggunakan isu ini dengan mengatakan ia bersifat perkauman dan menyatakan mereka bangsa Malaysia dan bukannya bangsa Melayu. Ini memang benar-benar mengganggu emosi seluruh kaum Melayu.

Dewan kecoh apabila MP Muar menyifatkan Karpal Singh sebagai derhaka kerana tindakannya itu dan Karpal nampaknya tidak setuju dengan bahasa yang ditujukan kepadanya. Sepatutnya Karpal fikir dahulu sebelum pandai mengeluarkan kenyataan. Kerana Pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.

Memang bingit sidang hari ini dengan isu perkauman . Bukan sahaja isu sultan , Isu bangsa Tamil yang dikatakan seperti ditinggalkan dalam pembangunan juga menarik minat sidang dan menjadi seperti medan pergaduhan. Putri harap janganlah isu perkauman ini dibincangkan kerana gusar andainya ianya semakin meruncing dan jadi medan pergaduhan hinggakan perbalahan antara kaum terjadi. Akhirnya apa pun tak dapat. Sepatutnya MP MP ini bersidang untuk menyelesaikan masalah bukannya menambahkan masalah.

SABAR BANGSA MELAYU ADA HADNYA

Oleh Pemerhati Khas

Bagi bangsa Melayu, orang yang biadap perlu diajar. Ini penting bagi memastikan sikap kurang ajar itu tidak berterusan yang memungkinkan pihak terbabit mengeluarkan pelbagai kenyataan lagi. Bagi mereka yang kurang ajar ini, sudah tentulah sikap berdiam diri pihak yang ditegur itu, memberi ruang dan peluang kepadanya untuk meneruskan sikap biadap berkenaan.

Ini yang perlu difikirkan oleh pemimpin Melayu bagi memastikan Karpal Singh tidak terus bersikap kurang ajar terutama kepada bangsa Melayu dan institusi Raja-raja. Pemimpin Melayu perlulah membuat sesuatu termasuk mengusulkan kepada Raja-raja satu tindakan perlu diambil kepada "orang kurang ajar" ini tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan semangat hidup bermasyarakat rakyat negara ini.

Karpal Singh sepatutnya merasa malu dengan latarbelakang pendidikan undang-undangnya sekirannya beliau tidak menghormati Perlembagaan yang antara lain menghormati hak keistimewaan bangsa Melayu dan menghormati institusi Raja-raja. Tindakan beliau itu mempamerkan ilmu pengetahuan guamannya hanya digunakan untuk tujuan komersial iaitu mengaut keuntungan dalam bentuk wang ringgit saja tetapi tidak digunakan untuk memahami dan menghayati semangat hidup mengikut Pelembagaaan.

Karpal Singh mahu menjadi hero rakyat tetapi mungkin tersalah pilih bidang yang mahu diusiknya iaitu Ketuanan Melayu dan institu Raja-raja kerana ketelanjurannya itu boleh mendatangkan kemarahan kepada bangsa Melayu. Sikap orang Melayu yang penuh sopan dan beradab mahu dicabar oleh peguam itu agar boleh digunakan dalam tindakan "tukang karut"nya pada masa akan datang. Mungkin beliau mempelajarinya daripada sahabatnya, Lim Kit Siang yang sentiasa meniupkan sentimen perkauman.

Kini kedua-dua mereka dibantu oleh anak kesayangan mereka yang sudah pasti akan mengambilalih peranan untuk meniup semangat terus mempertikaikan hak keistimewaan bangsa Melayu pada masa akan datang. Lim Guan Eng yang diberi peluang untuk menerajui Pulau Pinang secara sombongnya ingin menghapuskan DEB yang telah mendatangkan kemarahan bangsa Melayu.

KARPAL SINGH TOLAK KETUANAN MELAYU

MP Muar hari ini sekali lagi melahirkan kecewaannya dengan sikap MP DAP, Karpal Singh, yang bukan saja tidak mahu meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan titah ucapan SPB Yang Dipertuan Agong tetapi tetap berdegil untuk mempertahankannya.

Karpal Singh yang pernah menegur Sultan bahawa kita sekarang bukan dalam sistem feudal berkata, orang Melayu jangan heboh untuk memperkatakan mengenai Ketuanan Melayu sebaliknya memikirkan kaum lain di negara ini.

Bagaimanapun, pandangan beliau disanggah oleh MP BN yang menyifatkan beliau ingin berdolak-dalik di atas ketelanjuran dan sikap biadapnya terhadap bangsa Melayu. Bagi MP UMNO, mereka tidak ada niat untuk menyinggung perasaan orang lain tetapi mahu kaum lain menghormati apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuk hak keistimewaan bangsa Melayu dan menghormati institusi Raja-raja di negara ini.

Yang amat menjelekkan ialah sikap MP PKR dan PAS yang turut menyokong Karpal Singh yang boleh dianggap sebagai tukang karut yang sentiasa memainkan sentimen perkauman untuk menagih simpati daripada rakyat jelata. Perbuatan MP PKR dan PAS ini amat bahaya kerana mereka juga akan terjerumus dengan tindakan kotor DAP yang mahu kaum bukan Melayu menentang UMNO dan juga institusi Raja-raja. Pengundi-pengundi mereka perlu mengetahui sikap talam dua muka yang diamalkan oleh PKR dan PAS.

MP PKR dan PAS ( antaranya MP Gombak, MP Machang, MP Kuala Kerai) menidakkan perjuangan UMNO dengan mengatakan bahawa MP UMNO hanya mengutarakan mengenai Ketuanan Melayu selepas 8 Mac lalu, sedangkan inilah agenda perjuangan UMNO selama ini. Malah parti yang menjadi tunjang Kerajaan Pusat sekarang sentiasa memastikan hak bangsa Melayu terpelihara dan dihormati sepanjang masa.

ISLAM HADHARI DITERIMA SEMUA PIHAK

Oleh Ustadz Abdullah Mat

Ketika ramai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan pada 2002, parti pembangkang masih terus mempertikaikannya kerana apa yang diperjuangkan mereka ditolak.

Perjuangan PAS iaitu Gagasan Negara Islam ditolak bulat-bulat oleh rakan kongsinya iaitu DAP dan pernah seorang pemimpin tertinggi, Karpal Singh menyatakan "langkah mayat saya dulu jika PAS ingin mewujudkan Negara Islam" telah membantutkan usaha mereka itu. Ini kerana semua pihak mengetahui bahawa gagasan itu hanya perjuangan politik parti yang bertopengkan Islam untuk mendapat simpati umat Islam.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini juga, Timbalan Presiden PAS tidak dapat memberi jawapan terhadap penolakan gagasan itu oleh DAP. Dalam ertikata lain, bagaimana mereka mahu berkongsi kuasa jika rakan kongsi sendiri telah menolak bulat-bulat cadangan PAS itu. Ini akan menyukarkan mereka untuk terus bergabung bagi membentuk kerajaan.

Ini berbeza dengan konsep Barisan Nasional di mana parti-parti komponennya menerima pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh UMNO. Pemimpin parti komponen memahami bahawa pendekatan itu bukan untuk orang Islam tetapi sesuai dengan keadaan masyarakat majmuk di negara ini. Ini kerana Islam Hadhari menekankan aspek kehidupan yang lebih sempurna termasuk berbaik-baik dengan semua kaum dan menghormati antara satu sama lain.

Di samping itu, negara-negara Islam yang menganggotai OIC menerima dan menyokong penuh pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan di negara ini. Mereka menyifatkan ia benar-benar bertujuan untuk mengingatkan umat Islam bahawa mereka perlu sentiasa memperbaiki diri, menjaga maruah agama dan bersedia untuk menerima cabaran baru setiap masa. Ini termasuk mempertingkatkan diri dalam bidang teknologi, ilmu pengetahuan, ekonomi dan juga menjaga ketenteraman negara.

ISU KETUANAN MELAYU HANGAT DIBINCANGKAN

Isu Ketuanan Melayu hangat dibincangkan di Parlimen hari ini. Ia adalah kesinambungan perbincangan semalam yang menyaksikan ramai pemimpin Melayu dari UMNO, PKR dan PAS mengambil bahagian untuk memberikan pandangan mereka.

Antara yang mengambil bahagian hari ini ialah MP Bachok, MP Rembau, MP Pontian, MP Gombak dan MP Pasir Salak.

TOLONGLAH CARI ISU LAIN

Oleh Citra Adora
(http://www.citraadora.blogspot.com)

Nampaknya pihak pembangkang masih membangkitkan pendekatan Islam Hadhari sebagai isu perbincangan di Parlimen pada hari ini.

Sudah terang lagi bersuluh pembangkang masih tidak mahu mengaku bahawasanya pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjaya menepati objektifnya sekali gus merupakan salah satu faktor kemenangan BN dalam PRU12 yang lalu.

Mereka sengaja mengeluarkan dakyah-dakyah palsu mencaca-merbakan pendekatan Islam Hadhari dalam kempen pilihanraya lalu kononnya tidak relevan, mazhab baru yang diperkenalkan BN dan bermacam-macam lagi. Walhal Kerajaan telah menegaskan bahawa Islam Hadhari ini bukanlah suatu mazhab tetapi ia adalah suatu usaha atau pendekatan untuk mentamadunkan ummah tanpa mengira bangsa dan agama.

Saya yakin pihak pembangkang masih belum faham apa itu Islam Hadhari dan 10 prinsipnya itu. Sukalah saya memohon jasa baik pihak pembangkang untuk benar-benar meneliti dan memahami 10 prinsip Islam Hadhari bukan sekadar membaca sekali imbas dan bercakap lantang tanpa mengetahui fakta sebenar.

Islam Hadhari tetap mantap dan akan terus menjadi pegangan Kerajaan dalam memacu kecemerlangan dan pentadbiran negara. Ia bukan omongan kosong yang tidak mendatangkan apa-apa hasil yang positif untuk rakyat Malaysia.

(Ulasan WM : Pendekatan Islam Hadhari perlu dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memaparkan segala ajaran Islam yang mampu membentuk penganutnya menjadi seorang individu yang lebih baik. Ini termasuk dari segi memperbaiki kehidupan seharian mereka sepanjang masa).

SELALU SANGAT, NANTI ORANG MUAL

Oleh Citra Adora

Menjerit, memekik, bersuara kuat dalam nada marah, tak faham soalan dan adakalanya berperangai seperti budak-budak.

Itulah antara ragam wakil rakyat dari pembangkang campuran yang dapat saya perhatikan dalam sidang Parlimen Dewan Rakyat pada hari ini.

Saya faham memanglah adat bersidang, jika tidak bertikam lidah pasti tidak sah.

Namun biarlah ia berdasarkan hujah-hujah yang bernas dan relevan. Janganlah membuang masa persidangan dengan hujah-hujah yang tidak masuk akal yang menunjukkan betapa kita tidak peka atau alert dengan soalan yang diutarakan.

Yang menggelikan hati, apabila sedar diri sudah hampir kalah dalam berdebat, mulalah mereka bercakap mengelirukan fakta-fakta.

Satu lagi yang saya ingin utarakan ialah sikap ahli parlimen pembangkang yang menggunakan point of order untuk mengganggu wakil rakyat bercakap. Adakalanya mereka juga mengganggu rakan pembangkang campuran sendiri.

Tuesday, May 6, 2008

KERAJAAN UMUM TANGANI KENAIKAN HARGA BERAS

Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah untuk menangani isu kenaikan harga beras Jumaat ini.

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamad, berkata langkah itu akan diumumkan selepas Kabinet memperakukan rumusan Jawatankuasa Makanan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab usul yang dibawa oleh MP Kubang Kerian, Sallehuddin Ayub, di Dewan Rakyat petang ini.

ALAHAI PEMBANGKANG....

Oleh Mustika Citra
(http://www.mustikacitra-indah.blogspot.com)

Apabila sidang dewan rakyat sudah melepasi setengah hari, mustika menganggap terlalu banyak yang ingin di kongsi bersama. Namun memandangkan masa tidak mengizinkan, Mustika hanya ingin 'membentangkan' secebis pandangan sahaja..... Ada di kalangan ahli dewan yang tidak begitu fasih berbahasa Melayu.

Apabila isu bahasa diketengahkan, rakan-rakan Mustika juga bersetuju. Isu bahasa Melayu bukan lah isu baru, namun sebagai bahasa pengantar di dalam dewan, mengapa bahasa ini tidak di kuasai dengan baik oleh ahli dewan?

Kit Siang sepatutnya belajar bagaimana menghormati ahli dewan. Sikap emosional beliau perlu dikawal. Janganlah terlalu mengikut perasaan sehinggakan adab susila dan tertib serta peraturan dewan juga dilupakan. Kit Siang dilihat terlalu suka dan gemar melemparkan tuduhan kepada pihak lain. Mustika lihat beliau cuma ingin menjadikan dewan sebagai persada pertelingkahan dan perbalahan. Sikap ego dan berlagak 'hero' ini menjadi sudah menjadi trend beliau. Mungkin inilah dia lambang kepemimpinan Kit Siang.......

Apa yang Mustika lihat, jawapan demi jawapan diberikan kepada pihak pembangkang, pelbagai penjelasan telah diberikan, namun apa yang mustika tidak faham, kenapa pembangkang mesti mengulangi soalan-soalan tersebut berulang kali? Mereka tak faham agaknya...... Atau mereka memang tidak peka dengan jawapan yang diberikan sebab itulah soalan berulang-ulang.

Adakah dewan rakyat ini merupakan medan pembangkang untuk menyampaikan rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap kerajaan kerana pernah menerima 'hukuman' daripada kerajaan? Pembangkang yang hadir hari ini mustika kaji, lebih suka berucap panjang dan cuba memberi syarahan kepada ahli dewan... Mungkin kempunan nak jadi pensyarah agaknya...... Tetapi sayang, salah tempat rupanya.....

KARPAL BIADAP PERTIKAI SULTAN PERAK

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mentifatkan Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai biadap kerana mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung arahan pembatalan pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Beliau berkata tindakan menegur raja secara terbuka bukanlah adat rakyat Malaysia.

"Hanya kerana (parti) dia sudah mula berkuasa di Perak, baru menang dalam pilihan raya umum lepas, dia dah bersikap sombong dan bongkak.

"Kita kerajaan BN (Barisan Nasional) tidak pernah menyuarakan hal seperti itu dan kalau ada kita pergi jumpa, menghadap serta beritahu secara berbahasa. Jadi ini (tindakan Karpal) kita kata kurang bahasa sikitlah," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang membuat perabot, Edu World Services Sdn Bhd, di Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh kepada media semalam bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri, termasuk mengarah Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, membatalkan arahan pertukaran dan melantik semula Jamry sebagai Pengarah JAIP.

Karpal Singh mendakwa arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang dan sepatutnya keputusan terdahulu kerajaan negeri mengarahkan pertukaran Jamry dikekalkan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pemimpin DAP itu mungkin hanya melihat tindakan Sultan Perak itu daripada sudut perundangan, tetapi mengikut amalan biasa, Sultan adalah ketua dalam urusan berkaitan soal agama di setiap negeri.

"Nak katakan Sultan tidak berhak itu tidak tepat dan dalam amalan biasa, bagi jawatan seperti yang disebutkan di Perak itu, adalah baik supaya ketua eksekutif negeri memberitahu atau berunding (dengan Sultan) kerana ini adat dalam kita mentadbir sesebuah negeri.

Mengambil contoh semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Johor selama 10 tahun sebelum ini, Muhyiddin berkata sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri untuk menjalin hubungan baik dengan Sultan dan segala urusan membabitkan hal ehwal negeri akan dimaklumkan kepada pihak istana.

"Kita mesti hormat (institusi diraja). Bukan kita nak berperang dengan sesiapa. Kadang-kadang dia (Karpal) fikir dia sudah 26 tahun di Parlimen dia sudah tahu semua itu, jadi dia tak perlu nak memberi hormat kepada pihak lain termasuk raja.

"Kita BN tak pernah keluarkan perkataan yang menyanggah apa yang disebut oleh raja kita dan itu mesti dihormati. Kalau orang tidak hormat perkara itu, kacau bilaulah negara kita," katanya.

Jumaat lepas Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April, selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.