Tuesday, May 6, 2008

KARPAL SINGH PERTIKAI PERLEMBAGAAN

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury, sebagai satu perbuatan yang mempertikaikan peruntukan perlembagaan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata adalah jelas semua bidang kuasa mencakupi kuasa Raja dan kuasa kerajaan termasuk kerajaan negeri telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru tidak seharusnya wujud sebarang pertikaian oleh mana-mana pihak.

"Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa dalam bidang agama, kuasa raja adalah kuasa mutlak.

"Jadi kuasa atau keputusan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah selaras dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Tidak boleh dipertikaikan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja dan penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pertahanan di sini, Selasa.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh kepada media semalam bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri, termasuk mengarah Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membatalkan arahan pertukaran dan melantik semula Jamry sebagai Pengarah JAIP.

Karpal Singh mendakwa arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang dan sepatutnya keputusan terdahulu kerajaan negeri mengarahkan pertukaran Jamry dikekalkan.

Mengulas sama ada kenyataan Karpal Singh itu bakal mencetuskan polemik khususnya dalam kalangan mereka yang mempertahankan kuasa Raja di bawah perlembagaan, Najib berkata sudah semestinya ada pihak yang akan marah dengan kenyataan yang mempertikaikan kuasa Sultan.

Ketika ditanya sama ada Karpal Singh yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor telah melanggar Akta Hasutan 1948, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata perkara itu tertakluk kepada tafsiran Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

"Keputusan untuk mengkaji perkara berkenaan juga terserah kepada beliau (Peguam Negara), bukan pada kita (kerajaan)," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kepada perbalahan antara kaum atau konflik lain yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

"Kita ada peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk kita mengambil apa-apa tindakan untuk mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kepada keadaan perbalahan antara kaum dan sebagainya.

"Jadi dalam sebarang isu kita akan memantau perkembangannya, dan sekiranya ada kesan yang boleh menjurus kepada keadaan di mana menggugat ketenteraman awam, maka pada masa itu kerajaan akan ambil tindakan," kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata anggota Parlimen, walaupun diberi keistimewaan untuk bercakap mencakupi semua perkara khususnya semasa sidang Parlimen, tetapi ia tidak boleh bercanggah dengan Akta Hasutan.

"Kita terpaksa terima apa-apa peruntukan. Dalam Parlimen pun ada perlindungan yang diberikan oleh perlembagaan namun sesuatu yang bersifat hasutan tidak boleh disebutkan dalam Parlimen, maknanya perlindungan dalam Parlimen ini bukanlah perlindungan yang tidak ada hadnya, bukan `absolute' (mutlak) tapi ada peruntukan yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli Parlimen seperti undang-undang hasutan," kata Najib.

Jumaat lepas, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April, selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu pentadbiran agama, dan usaha kerajaan negeri yang baru, untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Arahan Sultan Perak itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.

AHLI PEMBANGKANG EMOSIONAL?

Oleh Tulip Desa
(http://www.tulipdesa.blogspot.com)

Sedar tidak sedar, dah separuh hari dewan bersidang. Pelbagai isu yang dibangkitkan, tetapi nampaknya MP daripada Pakatan Rakyat terlalu emosional apabila mendengar hujah dan penjelasan. Seharusnya mereka menerima penjelasan yang diberikan bukannya menyangkal segala hujah-hujan yang diberikan.

Situasi sebegini sudah menjurus kepada perbahasan. Jelas menggambarkan MP daripada Pakatan Rakyat tidak memahami peraturan dalam bersidang. Acapkali Yang Dipertua mengulangi peraturan-peraturan bersidang tetapi tidak diendahkannya.

Tulip merasakan pihak pembangkang lebih kepada meluahkan perasaan ketidakpuasan hati daripada membincangkan isu-isu untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negara. Tulip juga merasakan sikap MP Ipoh Timur yang suka mengungkit-ungkit dan bersifat batu api mengeruhkan dan mehangatkan lagi keadaan. Hanya MP Ipoh Timur sahaja yang kelihatan proaktif dalam dewan ini,MP Pakatan Rakyat yang lain lebih senang mendiamkan diri. Mengapa, adakah mereka tiada idea atau tidak fasih berbahasa Melayu?

Pembangkang ada membuat dakwaan bahawa rasuah wujud pada era pemerintahan Tun Mahathir, jika mereka ada bukti yang kukuh mengapa tidak membawa isu ini untuk dibicarakan. Jelas segala dakwaan mengenai rasuah sehingga kini tidak dapat dibuktikan oleh pembangkang.

Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat juga berlaku salah guna kuasa dan rasuah, ini terbukti apabila dua wakil rakyat Kelantan sebelum ini pernah membuat laporan kepada BPR mengenai salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku dalan pengurusan AKSB (Pengurusan Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad). Boleh disimpulkan mereka ini suka menjaga tepi kain orang, salah sendiri tidak nampak.

Wahai pembangkang, sudah-sudahlah mencari kesalahan orang lain, berilah komitmen sepenuhnya kepada manifesto yang dijanjikan dalam pilihan raya lepas. Jangan sampai dikatakan Kerajaan Tin Kosong. Sesungguhnya rakyat di bawah Pakatan Rakyat tertunggu-tunggu bilakah Kerajaan yang mereka sokong ini akan mengotakan janjinya.

GELAGAT MP IPOH TIMUR

MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berusaha untuk meraih simpati para pemerhati melalui tindakannya membangkitkan isu mengenai projek seperti Port Klang Free Zone (PKFZ).

Tindakan itu dilihat oleh pemerhati sebagai taktik lama apatah lagi isu-isu yang dibangkitkan itu sudah lapuk ditelan zaman.

Pemerhati politik berpendapat ahli dewan cukup jemu dengan gelagat dan sandiwara yang dipamerkan oleh Kit Siang yang terkenal dengan kemahiran menipu untuk kepentingan diri dan kepentingan parti pembangkang.

DEWAN RAKYAT BINCANG ISU BERAS

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Tuanku Jaafar, membenarkan usul MP Kubang Kerian (PAS), Mohd Sallehudin Ayub, agar Dewan Rakyat membincangkan isu kenaikan harga beras serta-merta kerana ia membabitkan kepentingan rakyat sekarang.

Perbahasan akan diadakan selama satu jam petang ini.

TAIB AZIMUDDIN PERTAHANKAN AGENDA MELAYU

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, hari ini "memuji" Ahli Parlimen PAS (Baling), Ustadz Taib Azimuddin, kerana mempertahankan agenda Melayu semasa soal jawab mengenai peruntukan biasiswa kepada Bumiputera.

Ustadz Taib mahu kerajaan mengekalkan biasiswa untuk bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

BLOG SEMAKIN DIMINATI

Oleh Mustika Citra
(http://www.mustikacitra-indah.blogspot.com)

HARI INI DENGAN CUACA YANG CERAH TELAH MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA MUSTIKA UNTUK MENCORETKAN SEDIKIT PENDAPAT DAN PANDANGAN TENTANG APA YANG BERLAKU DI PARLIMEN PAGI INI.

APABILA DATO' SERI FONG CHAN ONN (ALOR GAJAH) BANGUN UNTUK MENGEMUKAKAN SOALAN KEPADA Y.B MENTERI PENERANGAN, MUSTIKA TIDAK SABAR DAN TERTUNGGU-TUNGGU UNTUK MELIHAT Y.B MENTERI PENERANGAN 'BERAKSI' DI DALAM DEWAN. MUSTIKA BEGITU BERMINAT UNTUK MENDENGAR JAWAPAN DAN PENJELASAN OLEH Y.B MENTERI MEMANDANGKAN MUSTIKA JUGA MERUPAKAN SALAH SEORANG PEMILIK BLOG DAN PEMINAT BLOG. DENGAN TENANG Y.B MENTERI PENERANGAN MENJAWAB SETIAP SOALAN YANG DIKEMUKAKAN.

RANCANGAN 'BERSAMA MEDIA' YANG DISIARKAN RTM 1 BERJAYA MERAIH RATING YANG TINGGI IAITU LEBIH KURANG 340,000 PENONTON. MANAKALA RANCANGAN 'BLOG' YANG DISIARKAN SETIAP AHAD BERJAYA MENCAPAI RATING 200,000 PENONTON. SYABAS KEPADA KEMENTERIAN PENERANGAN. DI MALAYSIA, LEBIH KURANG 14 JUTA ORANG MELAYARI BLOG DAN ADA PENDAPAT MENGATAKAN LEBIH KURANG 500,000 BLOG YANG TELAH WUJUD DI MALAYSIA. MAKA KEWUJUDAN BLOG SEBAGAI WADAH PENGANTAR DAN PENYALUR MAKLUMAT ADALAH RASIONAL. TIDAK SIA-SIA RASANYA KEDUA-DUA RANCANGAN INI DISIARKAN. SELAIN MEMBERI PELUANG KEPADA WAKIL MEDIA DAN BLOGGER MEMBERIKAN PENDAPAT, MENJAWAB SOALAN DAN 'MELUAHKAN' ISI HATI, MUSTIKA JUGA FIKIR INI ADALAH GELANGGANG SEBENAR MEREKA KERANA RANCANGAN INI BERLANGSUNG SECARA LANSUNG DI TELEVISYEN...

MEREKA YANG DIJEMPUT ADALAH GOLONGAN 'KRITIKAL' TERHADAP BLOG (TAKSUB). Y.B MENTERI PENERANGAN MENJELASKAN BAHAWA BELIAU ADA BERJUMPA DENGAN BLOGGERS BAGI MENGETAHUI PANDANGAN-PANDANGAN MEREKA, APA YANG SESUAI DAN APA YANG TIDAK SESUAI DIKELUARKAN DI DALAM BLOG, SAMADA BERCANGGAH DENGAN UNDANG-UNDANG ATAU MELIBATKAN AKTA HASUTAN. USAHA Y.B MENTERI PENERANGAN INI MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN KERAJAAN MENANGKIS PENDAPAT SESETENGAN PIHAK BAHAWA KERAJAAN INGIN MENYEKAT DAN INGIN MEMBATASKAN LONTARAN IDEA PIHAK MEDIA DAN BLOGGERS.

ADA AHLI DEWAN YANG BANGUN DAN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA Y.B MENTERI PENERANGAN MENGENAI KEJAYAAN MENGANJURKAN PROGRAM 'BERSAMA MEDIA' DAN 'BLOG' MELALUI RTM DAN MEMBERI PANDANGAN SUPAYA RANCANGAN 'BLOG' SELAMA 30 MINIT ITU DIPANJANGKAN, MEMANDANGKAN MASA YANG DIPERUNTUKKAN TERLALU SINGKAT DAN TIDAK CUKUP. INI MENUNJUKKAN BAHAWA PENONTON AMAT BERMINAT DENGAN RANCANGAN TERSEBUT.

APA YANG MUSTIKA DAPAT SIMPULKAN DI SINI, KEMENTERIAN PENERANGAN TELAH MEMBUKTIKAN SIKAP KETERBUKAAN KERAJAAN TELAH DLAKSANAKAN DAN TIADA ISTILAH MEDIA DAN BLOGGERS DI KONGKONG LAGI.

SYABAS BUAT KEMENTERIAN PENERANGAN.......

AMALAN TERBUKA KERAJAAN

Oleh Tulip Desa
(http://www.tulipdesa.blogspot.com)

Nampaknya, Menteri Penerangan, Dato'Ahmad Shabery Cheek menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dato' Seri Dr. Fong Chan Onn (Alor Gajah) dengan hujah-hujah yang bernas sekali.

Tulip setuju dengan hujjah Dato' Shabery bahawa blog adalah media alternatif dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat memandangkan golongan muda dan pertengahan lebih menjurus kepada blog dalam mendapatkan maklumat.

Langkah berani Dato' Shabery harus dipuji apabila memperkenalkan beberapa rancangan baru seperti Rancangan Bersama Media dan Rancangan Blog. Beberapa pembaharuan yang dilaksanakan, menggambarkan Kementerian Penerangan menyahut cabaran rakyat khususnya pembangkang dalam mengamalkan media terbuka dan kebebasan media. Pembaharuan ini juga di sokong oleh Ahli Parlimen Ledang apabila beliau bangun dan mengucapkan tahniah kepada Dato' Ahmad Shabery Cheek.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Menteri Penerangan, rancangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton. Rancangan Bersama Media meraih rating yang tinggi iaitu sebanyak 340 ribu dan Rancangan Blog mencatat jumlah pengunjung seramai 200 ribu. Jelas menunjukkan rakyat menerima pembaharuan dan peranan Kementerian Penerangan sebagai agensi yang menjelaskan dasar-dasar Kerajaan.

Ini juga sekaligus dapat menangkis persepsi dan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kementerian Penerangan sebagai agen propaganda Kerajaan. Dianggarkan sebanyak 500 ribu blogger di Malaysia dan langkah KemPen menampilkan Blogger yang kritikal kepada Kerajaan dalam Rancangan Blog menunjukkan kewujudan blogger tidak sia-sia dan relevan sebagai wadah mendapatkan maklumat. Dengan pelaksanaan rancangan ini, diharap ia merupakan medan sebenar bagi blogger menjelaskan pandangan dan pendiriannya mengenai sesuatu isu.

Walaupun beberapa pendapat dan pandangan blogger tidak beberapa sesuai dengan konteks rakyat di mana lebih kepada khabar-khabar angin dan maklumat tidak sahih, tetapi bagi Tulip terpulang pada individu untuk menilainya. Rakyat sekarang lebih cerdik dalam menilai sesuatu maklumat, kerana kebanyakan mereka tergolong dalam golongan intelektual.

Dan pada blogger, perlu ada pertimbangan pada diri mereka dalam menyampaikan maklumat, kerana sebarang maklumat yang tidak sahih akan mempengaruhi minda rakyat untuk tidak mempercayai dan mengurangkan sokongan rakyat kepada Kerajaan. Bagaimanapun, Tulip ingin mengucapkan syabas kepada Menteri Kementerian Penerangan kerana dapat mengubah persepsi rakyat bahawa KemPen tidak membantaskan blogger dan media dalam melontarkan idea serta telus dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

KIT SIANG HINA PEMIMPIN NEGARA

MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang, pagi tadi mengambil kesempatan mengaitkan nama pemimpin negara ketika membincangkan artikel Raja Petra Kamaruddin (RPK) bertajuk Send Altantuya Murderer To Hell dalam perbincangan Dewan Rakyat.

Tindakan beliau itu ditegur oleh MP Barisan Nasional (BN) yang mahu beliau memberhentikan tindakan menghina imej pemimpin negara ketika diberi peluang mengemukakan tindakan polis terhadap RPK. Beliau juga cuba mengaitkan tindakan polis di Melaka yang menahan anggota Parlimen DAP Kota Melaka.

Kit Siang juga menggunakan masa bercakap itu untuk menuduh bekas pemimpin negara sebagai penggalak rasuah dan menyamakannya dengan pemerintahan Presiden negara jiran. Malah beliau mencabar Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir untuk menjawab segala perkara yang dikemukakan.

SAINS & MATEMATIK DALAM BAHASA MELAYU?

MP Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakarshi, memohon dibatalkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Ini satu syor yang perlu diteliti. Untuk makluman pembaca, program ini telah berjalan dengan baik dan peruntukan besar telah dikeluarkan untuk tujuan ini.

Menurut pakar pendidikan, program mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memerlukan masa. Ia memakan masa untuk menerapkan penggunaan bahasa Inggeris kepada pelajar terutama pelajar Bumiputera di luar bandar.

Selain itu, pelajar perlu didedahkan kepada bahasa asing termasuk bahasa Inggeris demi percambahan minda. Dengan cara ini, mereka menimba ilmu dengan lebih substantif terutamanya dengan hasil ledakan ICT.

Sunday, July 8, 2007