Tuesday, October 19, 2010

Blogger Perlu Bertanggungjawab

Daripada MM
Kami telah membaca satu surat dari Abdul Haq kepada Utusan Malaysia 16 Oktober mengenai blogger yang kurang beretika dalam menyampaikan maklumat.
Pihak blogger harus menyedari had-had mereka dalam menulis termasuklah mengenai personaliti tertentu. Kalau betul blogger ini bertanggungjawab, adalah wajar beliau menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu untuk menjatuhkan imej sasarannya
Dalam hubungan ini, saya tidak bersetuju dengan pandangan blogger yang cuba memperkecilkan menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkaitann dengan pemberian kontrak bernilai 1 bilion ringgit. Tindakan beliau membuat tuduhan yang tidak tepat ini adalah satu fitnah yang mempunyai 1 motif yang tidak baik.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim telah member khidmat kepada negara dan bangsa sebagai seorang ahli politik selama 40 tahun. Beliau mempunyai visi dan misi sebagai ahli politik di peringkat negeri dan juga nasional disamping membawa banyak perubahan dan anjakan dalam lanskap politik dan ekonomi negara. Beliau telah berkhidmat di bawah beberapa perdana menteri sehingga dewasa ini. Sebagai menteri di Kementerian Penerangan, beliau tanpa penat lelah memberi khidmat 100% dalam pembangunan negara dari segi memperjelaskan kejayaan-kejayaan Malaysia di bawah Barisan Nasional yang telah mencapai tahap negara maju serta mendapat pengiktirafan dunia.
Kami merasakan bahawa niat blogger berkaitan terperangkap dalam dunia blogging sehingga boleh melakukan sesuatu yang dianggap tidak waras. Saya berharap bahawa blogger ini hentikan kerja-kerja membuat blog yang mencemarkan integriti Datuk Seri.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam bro, kawan setuju amat dgn komen tuan...... jangan biarkan diri kita terbelenggu dengan arahan orang-orang tertentu sehingga mencemarkan imej kita sendiri.....

Begitu juga sehingga memboikot blogger-blogger lain yang memaparkan artikel PRK Galas dan Bkt sapi...sehingga memberi ruang pada orang lain mengambil kesempatan...