Tuesday, June 2, 2009

CHIN PENG

SUMBER : TINGKAT 6.COM

Chin Peng tidak perlu diperbesar-besarkan lagi ........ Chin Peng jelas penjenayah ratusan ribu insan diseksa dan terseksa. Bahang kekejaman beliau dan rakan-rakannya masih terpahat di hati, suara tanggisan masih kedengaran di telinga anak, cucu mereka yang terlibat.

Mengapa nama penjenayah ini di highlight di muka depan media cetak? mengapa warganegara diingat kembali peristiwa berdarah yang dilakukan oleh penjenayah komunis ini? Hentikan dari berbincang, berbicara dan bercakap-cakap tentang Chin Peng diri yang menyembelih, menyeksa manusia-manusia yang tidak berdosa dahulu, malah segala kekejaman beliau masih segar dalam ingatan.

Bagi saya, kita lupakan Chin Peng tak payah dibela lagi, yang paling penting mereka yang mula buka mulut tentang nak bawa pulang atau yang mengsyorkan kepada kerajaan, supaya Chin Peng di bawa balik itu, perlu dikenakan tindakan yang keras, kerana sanggup mempermainkan keputusan kerajaan, bahawa parti komunis itu haram, jika komunis itu haram maka semua mereka yang terlibat juga haram.

Justeru mereka yang cuba menghidup balik perkara itu dengan apa cara sekalipun tetap dianggap mengingkari keputusan maka wajar yang menimbulkan isu Chin Peng patut dihukum di bawah ISA, haram individu berkenaan masih menganut fahaman komunis, tak layak menganggotai BN.Kerajaan diminta tidak perlu melayani kerenah-kerenah seperti ini , banyak kerja lain yang perlu dibuat.

Dosa komunis secara umum dan Chin Peng secara khusus mereka yang terlibat dengan Komunis dan juga yang bersimpati dengan komunis dan Chin Peng perlu dihukum tanpa mengira kedudukkan dalam parti dan kerajaan.

Sebagai bekas Pegawai Polis,saya cukup geram dengan mereka yang buka mulut berhubung perkara ini kerana keseksaan yang saya lalui masih dalam ingatan.

1 comment:

ghostWRITER said...

anakmuda minta bukala mata, celikla hati, tanyalah dan dekatilah mangsa-mangsa kekejaman komunis yang masih hidup. Dengarlah cerita mereka yang terpaksa meneruskan hidup dengan tiada berkaki. Rakan seperjuangan tamat tanpa diratapi..... Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi.

anakmuda
http://ohpolitik.blogspt.com