Wednesday, June 10, 2009

Kumpulan Pro-Thaksin Mengganas Di Narathiwat ?


ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters


Oleh: Pemikir M.M


Apa yang berlaku di Kampung Air Tempayan, Narathiwat di selatan Thai di mana 12 jemaah ditembak mati ketika bersolat di masjid Al-Furqan adalah bukan perkara baru. Semenjak bekas Perdan Menteri Thailand, Thaksin, hidup sebagai pelarian di negara ketiga, politik di Thailand bergelombang. Di Bangkok, berlaku konfrantasi di antara golongan pro Thaksin dan anti-Thaksin. Masing-masing kumpulan jelas kelihatan dengan satu kelompok berpakaian kuning (anti-Thaksin atau pro kerajaan) dan satu lagi berbaju merah yang sanggup berdemonstrasi menentang apa saja.


Di selatan Thai pula, situasi agak berbeza di mana orang-orang awam Islam menjadi sasaran oleh pihak yang tidak diketahui. Penduduk-penduduk di Narathiwat khususnya dan juga di Yala dilaporkan sentiasa dalam ketakutan. Mereka dikehendaki duduk di rumah dan jika boleh, kurangkan ke masjid untuk bersolat. Kalau nasib mereka baik, maka dapatlah pulang balik ke rumah dari masjid dengan aman. Perkara sebaliknya boleh juga berlaku. Pihak Bangkok mengambil berat tentang perkembangan ini termasuk satu masa dulu mengeluarkan arahan berkurung atau curfew kepada penduduk tempatan.


Pergolakan ini mendapat perhatian serius dari istana tetapi kelihatan masih belum dapat di kawal. Di Bangkok, telah berlaku beberapa perubahan Perdana Menteri akibat dari situasi politik dalaman yang tidak tenteram. Jika Bangkok tidak dapat memantapkan politiknya diperingkat pusat, maka agak sukar untuk mententeramkan politik keganasan di selatan Thai.


Pembunuhan 12 jemaah islam ini, dianggap syahid kepada mereka ini tetapi ia tidak dapat menyelesaikan kekusutan masalah di selatan Thai. Akan wujud kemarahan dan kekecewaan penduduk-penduduk-penduduk di Narathiwat dan juga di 3 daerah lain. Perkara ini juga boleh melimpah kerana ledakan internet yang boleh memburukkan imej pemimpin-pemimpin di Bangkok. Adalah diharapkan, Bangkok dapat membuat penjelasan-penjelasan mantap kerana ada pihak tertentu yang akan membuat laporan negatif kepada OIC.


Pemerhati berpendapat bahawa apa yang berlaku di selatan Thai merupakan rentetan daripada pihak yang tidak menyokong kerajaan Abhisit yang baru saja melawat Malaysia. Mereka menggunakan platform selatan Thai untuk mendapat perhatian dan publisiti murah. Mereka juga tahu bahawa orang-orang Islam ini adalah sasaran yang boleh dieksploitasi untuk kepentingan sempit mereka dan sekaligus dengan harapan Malaysia dan Thailand akan sentiasa berada di dalam keadaan ketegangan.


Adalah dinasihatkan bahawa pihak-pihak pro-Thaksin di selatan Thai supaya ingat bahawa Malaysia tidak mudah diperdayai dengan disepsi-disepsi jahat mereka.

No comments: