Wednesday, June 24, 2009

Bangkok Elok Lantik Gabenor-Gabenor Muslim di Narathiwat, Yala dan Pattani

Oleh : Pemikir- MM
Apa yang berlaku di selatan Thailand di mana menurut laporan, ramai penduduk Islam menjadi mangsa orang-orang bersenjata yang tidak kita ketahui. Turut dibunuh ialah orang-orang awam beragama Budhha termasuk juga sami-sami mereka. Kegiatan sedih ini bukanlah satu perkara baru malahan lebih ketara lagi pada awal 70-an. Situasi di ketika itu dapat diredakan apabila pemimpin-pemimpin Islam selatan Thai secara senyap melaporkan kerakusan Bangkok kepada pihak OIC. Pihak Bangkok gusar dengan pendekatan ini lalu berusaha menenangkan keadaan. Bangkok bimbang kerana ramai penduduk-penduduk Islam keturunan Thai di Arab Saudi kerana pihak di sana boleh menganggap mereka sebagai Terroris juga dan boleh diusirkan keluar.

Satu laporan dalam akhbar Star 24 Jun 2009 meminta OIC mengambil perhatian keganasan di selatan Thai adalah satu pandangan lama. Pihak Thai mungkin tidak bersetuju dengan syor ini kerana mereka anggap ini adalah isu dalaman. Mereka juga bimbang perkara ini menjadi besar dan terus diinternasionalkan. Negara-negara Islam akan lebih bersimpati kepada umat Islam yang ditindas kerana bertentangan dengan prinsip-prinsip perikemanusiaan dan piagam PBB. Bangkok akan terus risau kerana isu seperti ini menjadi bahan demontrasi-demontrasi di kota-kota besar timur tengah dan eropah.

Pemerhati berpendapat bahawa pihak Bangkok perlu memainkan peranan serius dalam mententeramkan keadaan. Pendekatan untuk membawa perhatian OIC merupakan satu pelan jangka masa pendek. Ia tidak akan dapat menyelesaikan isu sebenar tetapi boleh dijadikan sebagai gesaan moral kepada Bangkok supaya segera memberhentikan keganasan yang ada impak negatif kepada ekonomi setempat. Bangkok perlu lihat struktur pentadbiran selatan Thai dan juga penempatan pegawai-pegawai Islam di empat wilayah di mana majoritinya adalah Islam. Semasa era Jeneral Chaovalit Yongchayudh, CNC, tentera Thai, beliau telah menempatkan pegawai-pegawai Islam sebagai pegawai-pegawai daerah dan juga di pejabat-pejabat gabenor-gabenor wilayah. Keadaan ini telah dapat mententeramkan selatan Thai. Apabila Thaksin memerintah sebagai PM, keadaan berubah. Apabila beliau diusir dari Thailand, selatan Thai telah menjadi sasaran pengikut-pengikut Thaksin untuk menjejaskan kedudukan tiga PM selepas beliau.

Adalah elok bahawa pihak istana di Bangkok yang sangat dihormati semua rakyat Thai terus mengambil tindakan yang sesuai di selatan Thai. Di dalam situasi ini hanya Raja Thai dapat menitahkan PM dan pegawai-pegawainya untuk bersikap positif di selatan Thai.

No comments: