Thursday, June 25, 2009

FILEM KENEGARAAN AKAN DITAYANGKAN

Oleh : M.Perry

Y.B. Datuk Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Warisan mengumumkan bahawa pihak Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Warisan akan berusaha dan menggalakan penerbitan dan tayangan filem-filem dalam saluran media resmi mengenai nilai-nilai murni yang mengambarkan cara hidup rakyat Malaysia dalam memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

Beliau menjawab sedemikian kepada satu soalan tambahan yang dikemukan kepada beliau dalam sidang Parlimen pada hari ini (25 Jun 2009). YB Ir.Haji Hamim Bin Samuri, wakil rakyat kawasan Parlimen Ledang bertanya supaya menteri penerangan,komunikasi dan warisan menyatakan apakah kerajaan bercadang menjalankan kajian mengenai kesan terhadap mutu dan jumlah penerbitan filem atau rancangan terbitan tempatan kesan dari kemasukan filem atau rancangan luar Negara ini.

Timbalan menteri tersebut juga mengaku bahawa baru-baru ini pihak FINAS telah menjalankan kajian mengenai cita rasa dan persepsi penonton terhadap filem-filem temapatan dikalangan rakyat Malaysia.Dalam pada itu, Timbalan Menteri tersebut juga menyatakan bahawa kementerian penerangan,komunikasi dan warisan akan membikin filem-filem kenegaraan yang menonjolkan nilai-nilai budaya memahami dan menghayati perundangan atau hal-hal kenegaraan.

Pemerhati berpendapat bahawa sudah sampai masa untuk Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Warisan menggurangkan tayangan filem-filem yang impot dari luar negeri yang tidak menggalakan tumbuhan budaya yang sihat malah yang memudaratkan nilai-nilai murni yang terbela dan tertahan sekilan lama di kalangan pelbagai rakyat Malaysia.Malah, Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Warisan harus menggalak syarikat-syarikat tempatan mengeluarkan filem-filem yang membantu menyemai dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan sejagat yang dapat dalam pelbagai agama dan budaya rakyat Malaysia dalam proses membina Negara Bangsa. Filem-filem tersebut dijangka akan melahirkan rakyat Malaysia yang menolak keganasaan dalam politik dan agama dalam menjayakan konsep 1Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Pemerhati yakin bahawa Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, yang berpengalaman luas dalam hal-hal penerangan,komunikasi dan warisan,malah perundangan akan memudi kementerian tersebut menggalak ramai penerbit-penerbit tempatan dari pelbagai kaum menerbit filem-filem yang menyentuh mengenai isu-isu harian yang dihadapi oleh pelbagai kaum dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah-masalah tersebut.

Tayangan filem-filem tempatan yang berpaksikan kepada nilai-nilai dan budaya rakyat tempatan bukan sahaja akan membantu rakyat memahami nilai-nilai sejagat yang ada pada kaum dan etnik lain, malah akan membantu melahirkan budaya menerima perbezaan dikalangan pelbagai rakyat Malaysia. Budaya penerimaan perbezaan yang terdapat pada rakyat berbilang kaum merupakan teras kepada kejayaan konsep 1Malaysia.

.

1 comment:

Anonymous said...

Mr Perry seblm ckp tajuk 1 malaysia adalah lebih baik kita renung kembali 3 pilihan raya yang kecil yang lalu...Semua nya BN kalah..Saya ingin bertanya Mr Perry samada you tau sebab sebab kekalahan...Setlhn kajian dibuat kekalahan tersebut disebabkan oleh Dato Abu Talib yang mengetuai jentera pilihan raya mewakili Jabatan Hal Ehwal Khas...Untuk itu adalah dicadangkan D.A.T tak pyh la nak menyibuk di Mnek Urai kalau dia kesian pada najib,rais dan Tok Pa..D.A.T boleh duduk diam diam di pejabat dan tggu tamat perkhidmatan balik duduk dgn anak cucu atau duduk di masjid wirid banyak2...insyaallah tuhan akan ampunkan sgl dosa2 kemungkaran dato sewaktu bertugas dulu