Wednesday, May 28, 2008

YB Wakil kedah Kitar Semula

oleh : Nabilah

Ir Haji Zamri, wakil kedah dalam ucapan terima kasih daripada titah ucapan DYMM telah menyentuh beberapa perkara termasuklah ekonomi,pendidikan, dan keselamatan.
Walaupon Malaysia telah mencapai kemajuan, beliau mengatakan bahawa tidak semua rakyat Malaysia merasai nikmatnya. Maka, mereka ini membuat keputusan untuk memilih kerajaan yang kononnya dapat menepati hasrat rakyat. Beliau mengatakan juga bahawa akhbar nasional sendiri telah memaparkan berita-berita tentang betapa daifnya kedudukan rakyat di Sabah, Sarawak dan juga pedalaman Kedah. Beliau juga menyentuh program 'Bersamamu' di TV 3 jika diberi peluang untuk memaparkan perkara ini akan mengambil masa beribu-ribu jam.

Beliau juga menyebut tentang penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan
Sains. Beliau tidak bersetuju dan telah meminta Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan pendekatan ini. Ini perkara baru yang ditimbulkan oleh ahli dewan, malah sejak 2 minggu yang lalu perkara ini telah dihujahkan. YB Ir Haji Zamri,wakil Kedah ini hanya mengitar semula maklumat yang telah pun diulang berkali-kali.

Beliau juga menyentuh mengenai isu keselamatan dalam negeri sambil mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana pihak polis berjaya menyelesaikan banyak kes, tetapi dari segi statistiknya, kegiatan jenayaah kelihatan meningkat. Walhal pihak KDN telah menambah bilangan anggota polis, tetapi rasa tidak selamat itu seolah-olah masih wujud.

YB Ir Haji zamri juga sepatutnya membaca rekod-rekod dewan sebelum berhujah pada
petang ini. Beliau sepatutnya mengeluarkan perkara-perkara segar untuk difikirkan
bersama dengan ahli dewan. Diharap Menteri Besar kedah menghantar wakil yang lebih
faham untk mengoptimakan kehadiran wakilnya dalam dewan ini.

No comments: