Thursday, May 22, 2008

KPI KERAJAAN TERBUKTI BERJAYA

Oleh Malay Success

Key Perfomance Index (KPI) yang diguna pakai untuk pegawai dan kakitangan Kerajaan terbukti berjaya meningkatkan tahap pencapaian dan disiplin mereka. Walaupun terdapat kritikan yang keras terhadap individu tertentu terutama berkaitan dengan integriti dan moral, namun Kerajaan telah berjaya menerapkan nilai yang murni dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Di samping itu, kekuatan pencapaian setiap pegawai awam yang ada pada hari ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia adalah kerana amalan pihak Kerajaan yang memandang serius pembangunan sumber manusia termasuk dari aspek tindakan tertentu dan pemantauan berterusan, serta pelaksanaan setiap peraturan dengan telus. Justeru itu, tidak berbangkit isu pegawai awam yang tidak berdisiplin.

Kerajaan juga begitu mengambil berat tentang kebajikan pegawai awam termasuk menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu seperti penyediaan tempat tinggal yang selesa, atau elaun-elaun yang munasabah bagi tujuan keselesaan setiap penjawatnya. Malah, pegawai-pegawai yang mempunyai potensi akan diberi peluang kenaikan pangkat, anugerah khidmat cemerlang, kursus di dalam serta luar negara dan juga anugerah bintang kebesaran yang mengiktiraf sumbangan dan jasa individu tertentu ini.

No comments: